Ahad, 18 Julai 2010

Jangan Klik Link itu

Mungkin ada diantara kita yang pernah menerima email sebegini.

Hati².

Entah ini kali yang keberapa sudah aku menerima email suruh "Update Akaun". Pihak Maybank sendiri sudah menghantar SMS Reminder JANGAN Klik pada link yang diberi. 



Sesiapa yang 'ter' klik link dan membuat "update akaun". Itu secara langsung akan memberikan laluan mudah bagi 'pihak yang tidak bertanggungjawab' ini untuk mengambil wang didalam akaun anda.

Tak percaya? cubalah. Tapi jangan berputih mata.

Jadi berhati²lah kerana 'pihak² yang tidak bertanggungjawab' ini akan menggunakan apa jua helah yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dengan 'penipuan' mereka.

Ingatan ini khas buat diri ku dan bagi mereka yang membacanya.

Salam hujung minggu pada semua.

1 ulasan:

Lina berkata...

ada2 sja urg skg nih..aku penah jg kena call kunun2 dr celcom, dpt cabutan bertuah, minta num kad atm..dat tym aku guna maxis..busted trus org tuh..hehe..