Khamis, 29 Julai 2010

Karnival Kesihatan & Serah tugas

Pagi tu aku ada program di Dewan Serbaguna UiTM Sabah. Majlis Perasmian Karnival Kesihatan 2010.  Ditugaskan sebagai Pengacara. 

Aku difahamkan Perasmi yang sepatutnya Pengarah Kampus di wakilkan kepada Timbalan Pengarah Kampus HEP disebabkan Yang Berbahagia Pengarah ada mesyuarat khas yang amat penting bersama - sama dengan Timbalan Pengarah Kampus yang lain.


Lebih kurang jam 2.31 petang kemarin ( 26 Julai 2010 ) aku terima email dari staf Pentadbiran. "Pengumuman Penting Bagi Semua Warga Kampus UiTM Sabah".

Akhirnya.

Segala persoalan dan teka teki yang bermain dikalangan staf UiTM Sabah selama ini terjawab. Email yang aku terima itu punya jawapannya. Aku antara salah seorang yang telah diamanahkan untuk membuat persediaan bagi Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Kampus.

Hampir jam 3 setengah pagi. Aku masih belum tidur lagi. Aku cuba menyiapkan teks Skrip untuk Masjlis Penyerahan Tugas Pengarah. Selesai jua akhirnya.

Alhamdulillah

Tiada ulasan: