Khamis, 22 Julai 2010

Mereka lupa pada Akujanji dulu

Kemarin petang, aku dan Abang Karim sibuk di mesin Fotostat. Mulanya aku mahu besarkan saiz salinan jadual PPP ( Nota : PPP adalah Pegawai Pembangunan Pelajar ) dari saiz A4 ke saiz A3. Beberapa percubaan kami gagal. 

Dalam sedikit kesibukan itu. Aku didatangi oleh seorang pelajar. Bertanyakan tentang kedudukan dia dibilik. Katanya staf UPK B suruh dia datang jumpa aku. Dalam kes pelajar ini, dia menduduki bilik berkenaan TANPA kebenaran. Dan tanpa segan silu mereka tinggal dibilik berkenaan. Ikut SESUKA hati durang nak buat apa durang suka. Peraturan Universiti diperlekehkan.

Dia cuba menjelaskan. Aku hanya mendengar dan jawapan yang aku berikan sangat ringkas tapi jelas. 

"Tidak boleh"

Dipersoalnya pula kita balik. Ini yang aku paling pantang. Tinggi darah terus aku dibuatnya. Aku mula bertegas. Perihal dia tiada tempat tinggal. Terus terang aku katakan, itu bukan urusan aku. Dia kena cari sendiri. Lagi pun jelas, tugas hakiki aku hanya lah menjaga perihal  kolej kediaman pelajar. 

Dia sendiri tahu keadaan sekarang yang kekurangan tempat untuk menempatkan pelajar di kolej dan keutamaan diberikan kepada pelajar Baru dan pelajar Diploma. Itu pun bergantung juga pada kekosongan kerana ada juga pelajar diploma ( pelajar lama ) yang masih belum ada tempat tinggal.

"Kenapa bah durang ini menyusahkan, mau juga berperingkat²..."

Bila dia cakap macam tu, aku mula membebel. Dengan serta merta aku suruh dia kosongkan bilik berkenaan sebelum jam 5 petang kemarin. Dia kata dia ada kelas. Aku kata itu bukan urusan aku. Dah lah dia tinggal dibilik tu tanpa kebenaran bukan main lagi cakap Pengurusan Universiti 'menyusahkan'.

Pelajar yang sepatutnya masuk kebilik berkenaan terpaksa kami 'hold'. Dia sedar tidak apa yang dia buat itu juga memberikan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang sepatutnya masuk kebilik berkenaan malah kepada pengurusan UPK itu sendiri. Ikut sedap mulut becakap.

Aku hanya menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku. Seperti yang aku selalu katakan pada pelajar² lain. Peraturan tetap peraturan. Dan mereka kena patuhi itu. 

Mereka lupa pada Akujanji dulu.

Tiada ulasan: