Rabu, 14 Julai 2010

Penat tapi berbaloi

Kemarin aku benar - benar keletihan. Seharian aku tidak masuk ke pejabat.

8.30 pagi kami mula mesyuarat. Banyak isu yang dibincangkan. Dan sudah ditetapkan selepas saja kami bermesyuarat, kami akan terus buat lawatan bermula dari jam 2 petang.

Lawatan apa? itu rahsia.

Ini salah satu amanah dan kepercayaan yang diberikan kepadaku. Begitu juga dengan rakan² yang lain. Semoga aku dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin. Semoga kami sentiasa terpelihara dalam menjalankan tugasan ini serta dipermudahkan olehNya. Amin.

Belum pun kami selesai melakukan tugasan kemarin. Kami dimaklumkan dengan satu lagi tugasan baru. Minggu depan kena hantar laporan untuk Jawatankuasa Induk. Kata Jojo semasa kami sedang menuju ke Fasa 3 untuk misi lawatan.

Pengerusi ( Dr. Has ) juga memaklumkan kami perkara yang sama. Kami hanya mampu tersenyum.

10 minit sebelum jam 6 petang kami selesai untuk misi lawatan kemarin. Lega.

Penat. Terasa sakit seluruh badanku. Aku bercadang untuk tidur lebih awal supaya aku dapat rehat secukupnya. Esok pagi aku ada peperiksaan PTK.

Tetapi semua itu terpaksa aku lupakan buat seketika kerana Jali mesej dan ajak aku pegi Sekret Recipe. Abu yang belanja kata Jali. Mulanya aku tidak percaya.

Keletihan ku hilang serta merta.

Kami bersiap dan terjah Secret Recipe di Suria Sabah. Penat tapi berbaloi. Thanks to Mr. Abu. Semoga di murahkan rezeki. Hari tu giliran Jali belanja KFC. NEXT...Aha.







Gambar diambil guna HP kamera. He3x. Apapun...thanks again untuk Abu.

Tiada ulasan: