Khamis, 22 Julai 2010

Sekadar berkongsi

Aku saja postkan entri ni, untuk ingatan pada diriku dan juga pada kalian yang datang bertandang ke Teratak ini. Sekurang² dengan perkongsian ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua supaya tidak tertipu oleh 'penyanggak²' di alam maya ini yang tanpa jemu dan tanpa mengenal erti putus asa untuk  mencari helah memperdaya mangsanya.

Petikan eMail.

Salam

"Kepada mereka yang menerima emel seperti di bawah, sila abaikan. Emel berikut merupakan satu taktik baru yang di jalankan oleh pihak yg tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan account internet banking anda.  Mereka akan menyatakan anda akan menerima rebet daripada LHDN sebagai lebihan bayaran. dan meminta anda memilih bank yang di nyatakan ( mangsa sesiapa yang kebetulan ada akau bank yang di nyatakan ), dan meminta anda memasukan  login ID dan password dan masa itu lah id dan password anda akan di capture, dan yang pasti lepas itu anda akan kehilangan wang anda.  Lihat pada url berikut http://ifsols.plus.com/hhasil.gov.my/ pun dah boleh tahun yang ini adalah phishing info."

Informlah pada rakan² kalian yang lain.

Tiada ulasan: