Khamis, 8 Julai 2010

Selesai

Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Pengiktirafan UiTM Sabah sebagai Universiti Tanpa Sampah & Tapak Pembinaan Tanpa Sampah & Pelancaran Kempen Hari Isnin Tanpa Beg Plastik  yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Iliyas Ibrahim Mayor Bandaraya Kota Kinabalu pagi tadi.

Ini bermakna, UiTM Sabah adalah Universiti Pertama di Sabah yang diiktiraf sebagai Universiti Tanpa Sampah. Tahniah ! 

Dalam ucapan Datuk  Mayor, beliau sempat mengingatkan bahawa dengan pengiktirafan ini maka seluruh warga UiTM Sabah khususnya tidak akan membuang sampah bukan saja di dalam Kampus ini malah dimana saja mereka berada. Sijil tersebut juga boleh ditarik bila² masa sekiranya pihak DBKK tidak berpuashati dengan keadaan kebersihan kawasan kampus. 

Jesteru, bagi semua warnga UiTM Sabah. Jom ! sama - sama kita menyokong dan memastikan bahawa kawasan Kampus kita berada dalam keadaan bersih.

Kelihatan para media mengambil peluang untuk menemuramah Datuk Iliyas Ibrahim, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu & Prof. Madya Datuk Dr. Worran Haji Kabul, Pengarah Kampus UiTM Sabah selepas saja Majlis Pengiktirafan selesai.

>> Klik² ~ semua gambar² ini diambil selepas Majlis Pengiktirafan selesai. <<


Sempat juga durang posing sambil² tunggu Datuk Mayor & Pengarah Kampus selesai di temuramah. Cik Nor Hayat Zakaria ditemuramah oleh krew dari program "DIVA" RTM...he3x. Bukanlah Cik Nor Hayat ditemuramah oleh RTM KK berkenaan dengan program yang baru saja selesai.

 
Kumpulan Gamelan UiTM Sabah

Apapun, tugas aku juga telah selesai sebagai emcee. Terima kasih pada semua AJK. Terima kasih juga atas kepercayaan yang telah diberikan kepadaku.

Ku abadikan pantun ini disini...

Ke Sandakan sudah ke Tenom sudah
Ke Kota Belud saja yang aku belum
Ucapan sudah Pengiktirafan pun sudah
Santapan saja yang kita belum

Tiada ulasan: