Jumaat, 30 Julai 2010

Teruja

Beberapa hari lepas memang sudah kedengaran ura - ura untuk membuat lawatan ke UiTM Tawau. Program / aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) UiTM Sabah.

Semalam mereka ada mesyuarat bagi menjelaskan berkenaan dengan program berkenaan. Harap² semuanya akan berjalan seperti apa yang telah dirancang. Pagi ini bertolak jam 6.30 pagi. Esok pula aku ada kelas PJJ. 


Risau.

Sudah dua seminar aku tidak hadir kuliah.

Kerisauan tu aku biarkan berlalu begitu sahaja tanpa terlalu banyak memikirkannya meskipun aku merasa serba salah. Semoga aku sentiasa dipermudahkan olehNya dalam apa jua yang aku lakukan. Amin.
Berbalik kepada cerita Lawatan ke Tawau. Secara peribadi ini adalah kali ke-2 aku ke sana. Dan sudah semestinyalah aku akan mengambil peluang ini untuk mengabadikannya nanti di Teratak ini. 

Insa-Allah, jika diberi kesempatan akan aku postkan jua gambar² dan cerita itu disini.

Teruja.

Tiada ulasan: