Khamis, 22 Julai 2010

Tukar Mod sudah

Kemarin Kak Yati ( HEA ) called. Dia tanya pasal permohonan tukar status mod pengajian ku macam mana. Masih belum ada jawapan.

Katanya dia dan beberapa rakan sudah dapat jawapan tukar status / mod pengajian dari PLK ( Nota : PLK = Pengajian Luar Kampus ) kepada mod PJJ ( Nota : Pengajian Jarak Jauh ).
Lebih kurang jam 12.40 tengah hari aku terima panggilan.

"Kaf...ko kena belanja aku ni" kedengaran suara di telefon. Aku masih kebingungan.
"kenapa?"
"Dapat sudah email dr Shah Alam...cuba ko check di student portal"
"Yakah? syukur alhamdulillah. Bah ialah...nanti aku check. Thankz ya." Aku mengakhiri perbualan kami.



Aku masuk portal pelajar untuk memastikan status aku sebenarnya. Ternyata semua subjek yang telah aku daftarkan tiada. Kosong. Mod pengajian sudah ditukar dan bermakna aku kena buat pendaftaran subjek baharu bagi mod pengajian yang baharu.

Syukur alhamdulillah. Semoga aku dipermudahkan dalam meneruskan pengajian ku ini. Lagi satu, senanglah aku untuk pegi terawih tiap² malam. Syukuran.

Semoga dipermudahkan. Amin.

Tiada ulasan: