Selasa, 24 Ogos 2010

BIla aku bicara tentang pindah

Aku terima SMS. Durang bagi tau pasal perpindahan pelajar² siswa dari Kolej Kediaman Klaster B ke Kolej kediaman baharu ( Klaster C ). ( Nota : 'durang' itu bermaksud mereka ).

Perpindahan akan diadakan bermula pada hari Jumaat ( 20 Ogos ) jam 8.00 malam. Sabtu & Ahad pun sama, kerja² pemindahan diteruskan.

Balik dari KL. Esoknya Jumaat aku masuk keja macam biasa. Buat persiapan untuk kerja² perpindahan. Kelihatan pelajar² siswa sibuk mengemas barang masing². Pastinya ada yang suka dan ada juga yang 'tidak' berapa suka. Kenapa? itu aku tiada jawapannya.

JPK bagi tau aku. Semasa pengumuman perpindahan dibuat. Ada pelajar² siswa menjerit tidak mau pindah. Tapi itu hanya segelentir sahaja bukan semua pelajar. Biasalah budak². Malah ada juga yang menjerit 'kami benci Kaffali...kami sayang ibu'. Bagi aku itu perkara biasa. Tercuit rasa hati. Aku merasa lucu sebab aku yang tidak tahu apa² pasal perpindahan ini aku juga yang menerima 'kebencian'.  ha3x.

Apapun, bagi aku itu hanyalah perkara biasa. Budak². Suatu hari nanti mereka akan tahu juga bila mereka berada di posisi orang yang statusnya bekerja.

Menjaga pelajar² siswa ini memberikan aku banyak pengalaman. Pahit manis semua ada. Dan kali ini aku diberi kesempatan untuk menjaga dan menguruskan pelajar² siswi pula. Satu lagi pengalaman baru yang bakal aku tempuh, Berapa lama? itu juga aku tiada jawapannya. 

Bagi aku apapun tugasan yang diberikan aku akan cuba untuk melakukannya dengan sebaik mungkin. Teringat kata² mantan TP HEP dulu yang sekarang ini menjadi Pengarah Kampus di UiTM Pahang. 

" Ingat Kaffali kerja ini adalah sebagai satu ibadah" - aku berpegang kepada kata² keramat itu.

Tiada ulasan: