Ahad, 1 Ogos 2010

Lawatan JPK ke Tawau - Part 01

Semua rombongan yang terlibat dengan lawatan ke UiTM Kampus Tawau diminta berkumpul di bus stop Klaster A jam 6.30 pagi. Kelam kabut jugalah aku sebab belum siap packing barang sepenuhnya.

Kelihatan sudah ramai ahli JPK yang duduk di bus stop. Bersedia untuk bertolak. Aku dan Encik Ardey, PPP yang menjadi Pegawai Pengiring. Kawan² PPP yang lain tidak dapat join disebabkan ada urusan masing².

Semestinya perjalanan ini akan mengambil masa yang agak panjang. Aku sedikit risau. 

Kenapa?

Aku risau aku akan 'mabuk' didalam perjalanan itu nanti. Lama tidak menaiki bas untuk satu perjalanan yang jauh. Tapi sangkaan ku meleset sama sekali. Syukur alhamdulillah semua baik² belaka disepanjang perjalanan.

Perjalanan kami bermula selepas sahaja kami selesai bersarapan di KKIP. Aku begitu teruja kerana ini kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke bumi Tawau dan salah satu yang membuatkan aku begitu seronok apabila melihat keindahan dan keunikan sesuatu tempat yang di tuju.

Kami transit sekejap di Kinabatangan untuk rehat & makan tengah hari. Tempat pertama yang dikunjungi sebaik saja bas kami berhenti ialah tandas. Semua berbaris menunggu giliran. 

Masa untuk makan tengah hari. Kata orang, kami langkah kanan. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Kami dipelawa oleh pemilik Nur Iman kafe untuk sama² menjamu selera kerana mereka baru saja selesai membuat Majlis Doa Selamat. Mula² semua kami segan. Biasalah kata orang beradap. 

Kami mengambil tempat duduk masing². Staf cafe yang lainnya sibuk menyediakan makanan untuk dihidangkan. Semoga empunya Kafe sentiasa dimurahkan rezeki.

Ada udang galah lagi dihidangkan. he3x. 

Perjalanan diteruskan. Di Lahad Datu kami hanya singgah di station Petronas. Betul apa yang Zul Nurul bagi tau aku. Kemarin bila aku berada disana dan melihat sendiri memang banyak perkhidmatan yang diberikan oleh station minyak berkenaan.

Kami sampai di Tawau sekitar jam 8 lebih ( malam ). Perjalanan kami terganggu seketika bila ada tanah runtuh di kawasan Sungai Buruk. Banyak kenderaan berbaris menunggu giliran untuk melalui kawasan berkenaan. Kenderaan lalu satu persatu.
Aku sudah mengetahui keadaan tanah runtuh melalui seorang rakan FB yang memaklumkan aku pasal  situasi itu. Terima kasih untuk Nik atas perkongsian itu.

Encik Sarizan staf Unit Pengurusan Kolej UiTM Tawau menanti kedatangan kami bersama - sama dengan ahli JPK UiTM Tawau. Sesi Pengenalan JPK akan diadakan sebaik sahaja semua JPK UiTM Sabah menghantar barang di bilik masing².

Tiada air.

Itu satu lagi informasi yang disampaikan oleh En. Sarizan @ zan kepada kami kerana katanya bekalan terganggu disebabkan banjir kilat. Tapi itu sedikit pun tidak menggangu perjalanan program yang telah di susun atur.

Badan terasa  keletihan. Aku mengambil keputusan untuk check in di hotel berhampiran. Terima kasih kepada Zul & Sarizan atas bantuan untuk tempahan hotel aku di Tawau. he3x.

Selesai sahaja program pengenalan JPK. Aku, Ghazali & Encik Ardey menjamu selera di Restoran Sri Keningau. Esok program akan bermula seawal jam 8.30 pagi untuk sesi Motivasi dan selepas itu LDK.

Apa yang akan berlalu sepanjang keberadaanku di bumi Tawau akan aku ceritakan jua disini.

to be continue...

Tiada ulasan: