Isnin, 2 Ogos 2010

Lawatan JPK ke Tawau - Part 2

31 Julai ~ Jam 8.30 pagi. Program Motivasi yang akan diadakan bersama - sama pelajar UiTM Tawau. Slot dikendalikan oleh En. Ardery Agimin. 

Sebelum program bermula, aku & Jali sempat sarapan pagi di restoran yang sama. Sri Keningau.

Selesai sesi pertama. Sesi kedua adalah Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) antara pelajar² UiTM Tawau bersama - sama dengan ahli² JPK. Sedikit briefing diberikan oleh Jali bagi semua JPK yang terlibat. Semua JPK menumpukan pehatian. Maklumlah sebahagiannya diantara mereka ( JPK ) ada yang kali pertama mengendalikan LDK. 'Nebes' jugalah aku tengok mereka. Tapi control.

Kelihatan pelajar² siswa pre com begitu bersemangat. Ceria dan ada jua yang 'kelayuan' disebabkan tidak cukup tidur rasanya. Tapi program tetap juga diteruskan.

Semoga dengan usaha sebegini akan dapat memberikan manfaat bukan saja kepada semua pelajar UiTM Tawau malah pada JPK yang terlibat. Aku yakin dan percaya program ini juga adalah platform buat mereka untuk menjadi lebih baik dari masa kesemasa dalam berdepan dengan audience yang berbeza² pada masa- masa akan datang. Selain itu, program sebegini juga akan mematangkan mereka dan meningkatkan keyakinan serta soft skills mereka. Ini adalah proses yang mereka perlu lalui tanpa mereka sedari.

Di Tawau. Aku sempat jumpa Mustafa Mustan. Dia datang ke kampus ( UiTM Tawau ). Kami bersembang tentang banyak benda. Tetapi berat kepada cerita pasal business. Dulu cerita lain sekarang topik perbualan pun lain. Dia ajak aku untuk join sekali ke majlis kenduri di kampungnya. Aku berkira² pada mulanya. Bukan tidak sudi tapi aku ni kan pemalu juga orangnya. he3x.

Kereta Honda baru itu menyulusuri jalan ke Merotai. Jauh rupanya. Selama ini, sebelum aku menjejakkan kaki ke sana aku ingatkan kampung Mus dekat saja dengan Bandar. Rupanya lebih kurang 38 KM. Dan laluan itulah jua yang dilaluinya tiap hari untuk pegi keja. Balik keja pula paling lewat keluar ofis jam 7.30 malam. Penat dan kena drive lagi. Dia bagi tau aku. Kalau lewat dia balik mesti ada kawan temankan sebab katanya laluan itu kadang kala menyeramkan.

Ada yang berlaku selepas itu...nak tau. Tunggu....:)

To be Continue...

Tiada ulasan: