Selasa, 24 Ogos 2010

Lawatan JPK ke Tawau - Part 3

Kenapa lama aku tidak menulis di Teratak sedangkan begitu banyak cerita yang ingin aku kongsikan bersama sejak kami balik dari lawatan di UiTM Tawau.

Ada juga yang bertanya kenapa nda update Teratak. ( Nota : 'nda' bermaksud tidak )

Ceh! perasan tapi itulah kenyataannya.

Alhamdulillah. Aku antara kawan si Mus yang berkesempatan untuk bertandang ke rumahnya dan sempat berjumpa dan bersembang dengan emaknya. Apapun, terima kasih Mus. InsaAllah ada rezeki dan ada masa yang terluang aku akan datang lagi ke sana.

Selesai kenduri Mus dengan 2 orang lagi rakannya menghantar aku semula ke bandar Tawau. Sempat aku meronda dan melihat buat pertama kalinya suasana malam di Tawau. Banyak tempat minum open air yang dihias cantik dengan lampu warna warni. Best pula aku rasa macam aku bukan berada di Tawau.

Pagi itu aku dikejutkan oleh panggilan telefon Jali. Kelam kabut jugalah aku dibuatnya disebabkan rombongan kami akan bergerak meninggalkan Tawau awal pagi itu. Hujan mengiringi perjalanan kami. Jauh disudut hatiku. Aku pasti kembali.

Syukur alhamdulillah, rezeki kami datang lagi. Abu mengajak kami untuk singgah bersarapan di rumahnya. Kami bersetuju. Kebetulan jalan yang kami lalui adalah laluan yang sama untuk pulang ke KK. Kami di jamu dengan nasi dan lauk ayam, sotong dan ikan. Tidak ketinggalan pulut nasi. 

Sedap.

Siap bergambar² lagi kami disana. Gambar akan diupload kemudian. Rancak juga perbualan antara emak dan bapa si Abu dengan rakan² JPK yang lain. Aku yang duduk berhampiran tangga dapur hanya memerhatikan mereka.

Dan ada cerita menarik tentang Abu yang diceritakan oleh beliau lelakinya..."Dulu si Abu..." Tet !!! ~ He3x. Apapun, hanya aku dan rakan² JPKnya yang datang bertandang ke rumahnya saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Terima kasih kepada Abu sekeluarga kerana sudi menaja sarapan pagi merangkap makan tengahari pada hari itu. Dan terima kasih juga di ucapkan kepada semua Staf UiTM Tawau. InsaAllah semester depan kami datang lagi. Amin.

Tiada ulasan: