Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan bulan yang suci

7 Ogos 2010 >> Ahad <<

Aku balik kampung dengan adik aku Rusli. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi ku untuk pulang kampung sebelum puasa bermula. Dan alhamdulillah pada tahun ini sekali lagi aku berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk berpuasa pertama di rumah bersama² dengan ahli keluarga yang lain.

11 Ogos bersamaan dengan 1 Ramadhan. Bermulalah puasa bagi seluruh umat islam. Jujurnya aku ingin sekali memanfaatkan masa bulan ramadhan ini dengan sebaik - baiknya. Aku cuti seminggu di kampung. Kurang terus cuti untuk raya aku tahun ini. he3x.

Rezeki bulan Ramadhan, sebaik saja aku buka email. Ada satu email yang membuatkan aku sedikit teruja. Nasib baik aku bawa broadband. Syukur alhamdulillah.

Apakah email itu ?!!

InsaAllah akan aku ceritakan juga bila sampai waktunya.

Apapun, aku ingin mengambil kesempatan ini ( meskipun  sudah terlewat ) untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan² muslim yang singgah di Teratak ini.

Tiada ulasan: