Selasa, 24 Ogos 2010

Sejambak budi

Bulan lepas satu lagi peristiwa besar yang telah berlaku di UiTM Sabah. Aku sebenarnya mencari² waktu yang sesuai untuk aku paparkan kisah itu di Teratak ini.

Bulan lepas ( Julai ) berakhirlah tempoh perkhidmatan Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Dr. Worran Haji Kabul sebagai Pengarah Kampus UiTM Sabah. Beliau telah menerajui kampus ini selama hampir 5 tahun. Dan 'kerusi Pengarah' UiTM Sabah yang baharu telah digantikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Kadir Rosline. 

Secara peribadi, aku ingin sekali merakamkan setinggi² penghargaan buat Yg. Bhg. Mantan Pengarah Kampus atas kepimpinan beliau menerajui Kampus ini. Mengenali beliau sebagai seorang yang simple dari segi penampilannya dan seorang pemimpin yang cool dan berkarisma. Tegas itu sudah semestinya.

Dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Kampus kelihatan kawasan UiTM Sabah sekarang termasuk kampus Tawau sedang rancak dengan pembangunan. Seperti yang Datuk perkatakan dalam ucapan² terakhir beliau sebagai Pengarah Kampus semua pembangunan yang ada adalah hasil kerjasama semua pihak warga UiTM Sabah khususnya dan UiTM Malaysia secara menyeluruhnya dalam memastikan pembangunan kampus UiTM Sabah ini akan terus berjalan seperti yang direncana.



Apapun, terima kasih & setinggi² penghargaan buat Yang Berbahagia Datuk & Tahniah buat Yang Berbahagia Dr, Haji Abdul Kadir Rosline atas lantikan sebagai Pengarah Kampus yang baharu.

Patah tumbuh hilang berganti...siapapun yang akan menerajui Kampus ini sudah semestinya berhasrat untuk meletakkan UiTM Sabah ini sebagai salah satu IPT yang terbaik bukan sahaja di Negeri ini malah lebih dari itu. 

Semoga Pengarah yang baharu bersama² kami sebagai warganya dipermudahkan olehNya dalam melaksanakan tugas kami masing². Amin.

UiTM Dihatiku.

Tiada ulasan: