Jumaat, 17 September 2010

Ceritaku : Itik - edisi 01

6 September 2010 ( Isnin ) sehari sebelum aku pulang bercuti raya di kampung. Aku terima panggilan. Anak itik yang ditempah sudah ada dan boleh diambil. Aku bingung sekejap.

Yang bermain difikiran aku ketika itu.

1. Muatkah kereta aku nanti kalau aku balik beraya ni? - mana barang² lain lagi yang mau dibawa pulang. Beg pakaian lagi?

2. Option kedua yang mereka bagi. Ambil selepas aku balik dari cuti raya. Tapi tak kanlah pula aku nak kena ambil cuti lagi selepas raya semata² nak bawa pulang anak itik tu. Pilihan ke-2 ni aku nda berapa suka. Kerja 2 kali.

Keputusan aku...

 Aku ambil anak² itik tu petang tu juga sebab aku akan bawa pulang pada keesokkan harinya.

Tahun inilah dalam sejarah hidup aku. Orang pulang bercuti raya bawa kuih muih dan segala macam. Aku pulang bawa anak itik. He3x.

Apapun, Syukur alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi ( direct ) tanpa henti di Kampung halaman. Biasanya aku akan berhenti di Ranau untuk berehat makan sambil² menyejukkan enjin kereta. Tapi tidak pada bulan puasa kerana nda dapat makan juga. he3x.

Dari 100 ekor anak itik. 4 ekor mati ditempat kejadian ( dalam kurungan ) sebelum kami bertolak balik ke Kampung gara² tempat kurungan yang sempit. ( nota : gara² bermaksud 'sebab' atau 'berpunca' ).

Jadi tinggallah 96 ekor. Itu pun kurang lagi sebab 2 ekor mati disebabkan kesejukan yang terlampau. Time tu aku belum buat lagi 'lampu panas' sebagai ganti indung mereka.

Buat masa ini hanya tinggal 94 ekor sahaja lagi. Mudah²an tiada lagilah anak itik yang mati. 

Raya ke-4, adik aku Jusli bertungkus lumus membuat kandang / reban bagi anak² itik. Mula² anak² itik tu ditempatkan sementara di kandang ayam ( Kandang lama.). Tapi keadaan kandang tu juga nda berapa selesa sebab licak oleh anak² itik yang suka bermain air.

Langkah yang perlu aku buat?

1. Ganti papan buruk yang menjadi dinding kandang lama tu dengan dawai mata punai.
2. Menukar kadang anak² itik ke kandang bawah ( berlantaikan tanah ) supaya durang lebih selesa dan boleh bersiar² didalam kandang tu. He3x.

Gambar² nie aku saja ambil sebagai kenang²an...


Gambar 1
Kandang lama. "Bida" keadaannya
( nota : bida bermaksud kurang elok / buruk ) 





Gambar 2
Jeng jeng...inilah alat² yang terlibat didalam menjayakan misi penukaran dinding kandang lama.

Gambar 3
kerja² membuka dinding lama dilakukan & kelihatan anak² itik sudah dipindahkan ke kandang ( berlantaikan tanah ).
Gambar 4
Baju biru ( Jusli ) adik aku yang bertungkus lumus untuk memastikan kerja² pengantian dinding² kadang dapat disiapkan pada hari tersebut, memandangkan keesokkan harinya ( 14 Sep ) kami akan balik ke KK.
Baju coklat ( Nana ) adik aku yang akan BERTANGGUNGJAWAB untuk menjaga anak² itik tersebut. Kira mcm dia sebagai Manager lah.
Seluar Hijau tu ( Haikal ) anak buah aku...hehehe.

 Gambar 5
Dawai mata punai sudah pun selesai dipasang bagi menggantikan dinding lama

   Gambar 6
Gambar atas tu kandang lama, cuma yang digantikan adalah dinding ( kayu² buruk / usang ) dengan dawai mata punai


Dari dulu lagi aku mau memelihara itik penelur ini. Syukur alhamdulillah tahun ini aku dapat juga sudah untuk 'memulakannya'. Semoga usaha / langkah pertama ini akan berjalan dengan sebaiknya. Menyusul nanti batch ke-2 anak² itik yang aku jadualkan awal bulan Januari 2011. Dan next plan  memelihara ayam pedaging yang telah lama tidak diusahakan. Ayam pedaging pernah diusahakan oleh keluargaku dahulu dan InsaAllah akan aku teruskan untuk menjadikannya sebagai satu 'side income' buat adik² aku. 

Meminjam kata² ini..."siapa lagi yang diharapkan untuk membongkar sawah padi dihalaman rumah kalau bukan 'teman' dan 'saudara'..."

Tiada ulasan: