Sabtu, 4 September 2010

Hari² terakhir

Salam Ramadhan.

Syukur alhamdulillah aku panjatkan keatasNya kerana diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan  hari ini seperti hari² lainnya. Semoga kita semua diberikan kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan.

Hari ini sudah 25 Ramadhan. Maknaya hari ke 25 hari umat islam melaksanakan ibadah puasa. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari hanya tinggal 5 hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi. Minggu depan yang pastinya semua umat islam seluruh dunia akan sama² menyambut Aidilfitri.

Hari² terakhir dalam bulan Ramadhan. Perasaan ku bercampur baur. Itulah juga perasaan yang sering aku rasa setiap tahun. 

Kenapa?

Kata - kata ini punya jawapannya..." yang pasti Ramadhan bakal meninggalkan kita dan akan tetap kembali lagi TAPI adakah kita pasti dapat menemuinya lagi?"

Tiada ulasan: