Khamis, 23 September 2010

Penat tapi puas

Balik dari kampung selepas cuti hari raya hari tu, aku buat - buat sibuk dengan latihan nasyid. 8 Orang  dalam 1 kumpulan dan aku difahamkan ada 3 Kumpulan Staf yang akan bertanding di UiTM Sarawak pada 29 September - 3 Oktober nanti.

Bila bercakap pasal pertandingan nasyid ni. Aku sedikit teruja. Lamakan aku tidak aktif dengan persembahan / pertandingan nasyid ni. Kalau dulu masa di kampung ada jugalah aku aktif dengan kumpulan nasyid dan  ikut pertandingan di peringkat Daerah Beluran.

Menang. Ceh !!! - gembira jugalah bila Kumpulan kami diumumkan sebagai pemenang.

Dan lumrahnya bila sudah MENANG ni pastinya akan jadi wakil lagi untuk peringkat seterusnya. He3x.

Bila bertanding di Peringkat Sandakan pula mesti kumpulan kami dapat No. 2. Susah mau tembus pegi Johan. Bukan rezeki kali. ( ayat cover ) ¬ aha.

Berbalik kepada penglibatan nasyid aku di sini ( tempat keja aku ). Ini merupakan penglibatan aku yang sulung. Tu yang teruja tu. Sesi Latihan kami bermula semasa bulan puasa hari tu & dijadualkan sampailah hari terakhir sebelum kami bertolak ke Sawarak pada 29 September nanti.

Latihan malam pula bermula dari jam 5.30 petang sampai jam 8.30 malam. Kalau waktu keja pula masa rehat ( time lunch ) tu sampai jam 2.30 petang.

Penat tapi puas.

Tiada ulasan: