Jumaat, 17 September 2010

Putus & sambung semula...

Dalam tempoh 30 minit - 2 jam broadband akan diaktifkan. Selepas bayaran dibuat melalui Maybank4u Maybank2u kira² jam 5.17 pm. Tunggu punya tunggu sudah lebih dari 2 jam. 7.22 PM call balik 1111. Semakan dibuat. Macam biasa bagi nama penuh. No. Ic & Nama emak sebagai pengesahan.

Masih dalam proses penyambungan. Aiks.

Bila perkara ini berlaku. Selalu bermain difikiranku..."proses penyambungan" durang ni macamana ya?!!
Adakah kena tarik kabel / wayar yang panjang dan di sambung semula pada 'port' yang didaftarkan atas akaun kita. Atau hanya menggunakan sistem yang sekarang ini semuanya 'hanya dihujung jari' saja.

Bingung seketika.

Aku pun nda tahu sebab itu diluar bidang aku kecuali mereka yang benar² bertugas disana dan mereka yang benar² mengetahui tentangnya.

Bercakap tentang 'proses penyambungan' ni, aku teringat dengan Caj yang dikenakan oleh ASTRO sebanyak RM20.00

Itu baru satu orang...ada berapa ramai yang menggunakan perkhidmatan ASTRO di Malaysia. Bayangkan KEUNTUNGAN yang dirai oleh mereka hanya dengan CAJ penyambungan semula. Pernah juga terbaca tentang satu artikel di Internet yang ditulis oleh seseorang berkenaan dengan perkara ini yang merasakan adalah tidak wajar dikenakan "caj" bagi penyambungan semula perkhidmatan ASTRO bagi penguna² di Malaysia. Tapi apa pula tindakan pihak berwajib seterusnya. TET!!!

Kalau nda percaya. Minta tolong dengan Mr. Google...carilah pasal CAJ ASTRO nie pasti banyak yang akan kalian jumpa.

Macam² ada. Nasib baik TIADA pilihan lain. Kalau ada...ASTRO mungkin akan menjadi pilihan ke-2. atau yang ke....entah keberapa. AHA.

Berbalik kepada cerita CELCOM...KALAUlah hanya CELCOM ini sahaja yang kita ada sebagai medium Telekomunikasi yang ada di Malaysia...mungkin sama juga ceritanya dengan ASTRO. Proses penyambungan semula pun mungkin akan di CAJ durang.  Inilah kalau perniagaan itu di monopoli oleh 1 syarikat dan tiada sainganya. 

"Ada aku kesah"

Nasib baiklah ada juga pilihan lain yakni MAXIS & juga DIGI kalau tidak ngamlah tu CELCOM dengan taglinenya tu "INI WILAYAH CELCOM"


Cepat durang potong perkhidmatan kita. SEPATUTNYA CEPAT jugalah durang buat penyambungan perkhidmatan tersebut.

Tapi keadaan adalah sebaliknya.

Tiada ulasan: