Jumaat, 1 Oktober 2010

Cerita ku di Sarawak - part 1

Hujan renyai². Kedengaran suara pelajar² palapes UiTM Sarawak yang sedang sibuk membuat latihan di kawasan Kolej tempat aku tinggal bersama - sama dengan rombongan staf UiTM Sabah yang lain.  Aku, Azli , Izman & Zul duduk sebilik di bilik Serapi B1. Bilik E2308.
 
Selama 5 hari kami akan berkampung di UiTM Sarawak ini bagi Program Iltiham Kesenian Islam. Program kolaborasi antara UiTM Sabah dengan UiTM Sarawak. Bermula dari 29 September - 3 Oktober 2010.
Program kali ini, UiTM Sabah menghantar 5 kumpulan nasyid. 2 kumpulan staf lelaki dan 1 kumpulan staf lelaki dan selebihnya 2 kumpulan lagi adalah kumpulan pelajar.

Azan & Tilawah juga UiTM Sabah turut mengambil bahagian menghantar wakil dikalangan pelajar & juga staf. Program yang pertama dan julung² kalinya diadakan antara UiTM Sabah & UiTM Sarawak.

Kemarin 30 September selepas selesainya taklimat & cabut undi disebelah pagi. Sebelah petang program diteruskan dengan pertandingan Tilawah Al Quran. Masa cabut undi dibuat, kumpulan kami dapat giliran no.2 untuk pertandingan Nasyid esok harinya.

...to be continue.

Tiada ulasan: