Sabtu, 9 Oktober 2010

Cerita ku di Sarawak - Part II

Last Entri aku tulis pada 01.10.10. Aku bercerita tentang program Kolaborasi antara UiTM Sarawak dengan UiTM Sabah. Selepas itu aku senyap tanpa sebarang berita. Adakah aku kecewa disebabkan keputusan Nasyid yang kami terima. 

Biarlah Rahsia.

Hari ini aku ingin menyambung sedikit rentetan peristiwa sepanjang aku bersama - sama rakan² staf UiTM Sabah berada di Bumi Kenyalang.

Lazimnya sesiapapun pasti akan mengambil peluang dan kesempatan ini untuk melihat dan merasai sendiri keindahan dan keunikan di negarinya orang. Dan begitu jugalah kami. Namun itu bukan 'matlamat' utama kami.  Awal² lagi sewaktu pembentukan kumpulan Nasyid ini, kami sudah menekankan bahawa  'kami mahu bertanding' dan akan memberikan / meninggalkan 'impak' yang akan diingati oleh sesiapa saja yang akan melihat persembahan kumpulan kami nanti.


Komitmen dan fokus diberikan sebelum hari pertandingan. Alhamdulillah. Setelah selesai giliran kami membuat persembahan terasa lega di hati. Membiarkan panel juri yang arif lagi bijaksana untuk membuat keputusan.

Mungkin rezeki tidak berpihak kepada kami, adat bertanding ada kalah dan menang. Dan sebaik saja nama Kumpulan kami diumumkan...aku seolah² nda percaya dan nda dapat menerima keputusan itu. Tapi apakan daya. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD. Kami akur dengan keputusan di tempat ke-3. 

Bukan hanya aku yang merasai kekecewaan dan kesedihan menerima keputusan itu malah rakan² sekumpulan dan juga rakan² Staf UiTM Sabah yang lain. Termasuk Pegawai Pengiring kami Ustaz Rosmat juga tidak menyangka keputusan yang diramal meleset sama sekali. Begitu juga TP HEP UiTM Sabah.

Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD. Akur. 

Apa - apapun, rasanya masih belum terlambat untuk kami ( semua peserta Kolaborasi ) mengucapkan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Sabah atas kepercayaan, ruang serta peluang yang diberikan kepada kami untuk menyertai pertandingan ini.  

Terima kasih juga kepada semua ketua² Bahagian dan Unit UiTM Sabah yang memberikan pelepasan bagi staf di bawah selian masing² untuk kami menghadiri sesi latihan. Semoga kerjasama ini akan terus sentiasa diberikan di masa - masa akan datang. 

Dan tidak dilupakan. Aku ingin mengucapkan terima kasih  kepada semua rakan² sekumpulanku. Dan  dengan rendah diri juga aku ingin memohon maaf pada rakan² sekumpulan Darwin, Noradzley, Zul Nurulkadri, Bisno, Abang Gani, Sahlan & Izman jika ada yang terasa hati semasa kita sama² latihan sebelum ini. Komitmen serta kerjasama yang diberikan sangat² dihargai. InsaAllah, kita akan cuba meneruskan kumpulan ini.

Sokongan yang diberikan oleh seluruh warga UiTM Sabah. Terima kasih banyak². 

Hakikatnya, kita juga mampu setanding dengan yang lain. Kita juga bisa memberikan saingan yang hebat kepada yang lain..kerana kita di UiTM Sabah ini juga punya ramai bakat yang terpendam...hanya kita perlu beri sokongan, galakan, ruang serta peluang. 

 - Kumpulan Hananiah UiTM Sabah -

Seandainya bakat terpendam ini di gilap...sudah pasti suatu hari nanti sinar itu akan kelihatan dan akan terus bergemerlapan.

~ Selamat tinggal Bumi Kenyalang ~

Tiada ulasan: