Rabu, 13 Oktober 2010

Drama yang nyata - part 1

Apa yang aku ceritakan disini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Dan bukan juga untuk menjaga tepi kain sesiapa. Tapi cukuplah apa yang terpapar di Teratak ini sebagai satu perkongsian bersama. Mana yang baik ambillah sebagai pengajaran. Jika tidak baik dimata kalian, jadikan ia sebagai sempadan.

Ceritanya...

Aku mengenalinya belum lama. Dan mungkin masih terlalu awal untuk aku membuat penilaian tentang dirinya. Adalah tidak adil bagi sesiapa jua diantara kita menilai sesorang itu sedangkan kita tidak tahu siapa dia sebenarnya, terus membuat andaian. Itu memang tidak dinafikan memang ada berlaku. Hakikatnya semua andaian itu akan hilang setelah kita mula mengenali empunya diri. Itu pasti.

Dulu. Bukan aku tidak berminat dan jauh sama sekali untuk menggelak dari mengenali siapa dia sebenarnya, cuma mungkin bukan kena pada waktunya. Sebelum ini aku pernah dengar cerita tentang dia. Dan mungkin disebabkan 'cerita²" itu yang membuatkan orang lain dan mungkin juga aku tidak berapa rapat dengan dia.

Tapi itu bukan faktor utama aku tidak bisa berkawan dengan dia.

Sekarang. Aku baru mula untuk mengenali dia. Dipertemukan dalam satu keadaan yang aku sama sekali tidak sangka. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan memang benar. Ternyata benar. Semua anggapan pertama itu hilang setelah aku mula untuk mengenali siapa dia sebenarnya. Melihat dari mata kasar jelas jauh berbeza dengan melihat dari mata hati. Aku diam seribu bahasa.

Adakah ini drama semata atau sandiwara yang cuba untuk memperdaya sesiapa jua yang akan mendengar kisah tentang dia. Itu antara persoalan yang bermain di kota fikiranku.

Tapi sekali lagi semua persoalan itu terjawab dengan sendirinya bila semakin hari aku mengenali dia. Dan aku juga perlu untuk menerima hakikat sebenarnya dengan apa yang sedang berlaku.

" tapi aku masih mampu tersenyumkan?" katanya
aku hanya mengiyakan. 
"Senyumlah selagi ko mampu untuk tersenyum...tapi hanya orang² tertentu saja yang tahu betapa sengsaranya ko" balasku.
"ialah" itu jawapan yang aku terima. 
Aku faham dan mengerti apa maksud dan bagaimana perasaannya.

Sambil menarik nafas panjang. Aku rasa ada sesuatu yang terbeku dalam hatiku.

To be Continue...

Tiada ulasan: