Sabtu, 23 Oktober 2010

Drama yang nyata - part 2

Masih terngiang² perbualan ku dengan dia ditelefon petang kemarin. Dan hingga ke hari ini apa yang diperkatakannya padaku itu masih menjadi tanda tanya. Kenapa boleh jadi sampai begitu.

Hari berlalu.
Satu persatu masalah melanda. Itu ceritanya pada ku. Aku cuba untuk menjadi pendengar yang baik  Banyak betul dugaan yang menimpa dia. Tapi aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Semoga dia diberikan kekuatan & kesabaran untuk menempuhi semua ini. Berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

Ternyata cerita sebelum aku mengenali dia lain. Ceritanya sendiri dengan aku lain. Aku mengatakan begini bukan maknaya aku sudah berpihak kepada dia. Tidak. Tapi mungkin dengan ceritanya ini akan dapat memberi ruang kepada kalian untuk berfikir seketika.

"5 Tahun" itu perkataan yang sering diungkapkan olehnya. Kenapa?

kerana dalam tempoh itulah sebenarnya dia cuba untuk bertahan. Bersabar. 

5 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Sedangkan sehari pun kita merasakan derita yang bagaikan setahun lamanya. Ini kan pula 1825 hari. 

Dalam diam dia sebenarnya rasa betul² tertekan. Tertekan dengan keadaan di rumah dan begitu juga di tempat kerja. Bagaimana dia bisa menghadapi semua itu. Dan sampai bila dia akan mampu bersabar?  jika aku atau sesiapapun di antara kita berada dalam situasi itu. Bagaimana? 

Persoalan itu yang ligat bermain difikiranku.

Aku cuba untuk memahami keadaan yang dihadapinya kini. Dan aku hanya mampu untuk mengatakan agar dia sentiasa bersabar.

Jauh disudut hatiku berdoa agar dia akan sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran olehNYa untuk menghadapai semua dugaan yang mendatangi dia. Pasti ada hikmah disebaliknya.

to be continue...

Tiada ulasan: