Sabtu, 30 Oktober 2010

Drama yang Nyata - part 3

Aku leparkan pandangan keluar jendela. Ku lihat laut Sepanggar airnya biru. Tenang dan mendamaikan . Itu pada pandangan mata kasar. Namun bila ku amati dan kuperhati. Nyata ia tidak tenang seperti yang ku sangka. Hakikatnya begitu juga kita. Diluar nampak tenang dan bersahaja.

Kita mengukir senyuman manis sedangkan hati kita menangis. Kita tertawa sedangkan dihati kita kecewa. Sebaik mungkin kita akan cuba untuk menyembunyikan perasaan resah dan gelora itu dari pandangan umum. Itulah kita.


Namun sekuat mana sekalipun kita sembunyikan perasaan itu. Bagi insan yang terlalu dekat dengan kita pasti dia akan dapat merasainya, pasti dia akan dapat mengetahuinya. Begitu juga aku.

Aku kenal dia belum lama. Tapi aku bisa merasakan aku terlalu dekat dengannya. Aku akui , aku terlalu mudah mengasihani. Adakah itu puncanya? 

Di satu sudut kami berbual panjang. Dia rancak bercerita dan aku tekun mendengar. Dia membuka ruang untukku lebih dekat mengenali siapa dia sebenarnya. Aku hanya membiarkan dia meluahkan semuanya. Bagiku itu salah satu cara yang akan membuatkan dia merasa lega setelah sekian lama dia menyimpan dan menyembunyikan perasaannya yang betul² membuatkan dia dalam dilema.

"Aku pernah memberontak kerana tekanan perasaan". Jelasnya padaku. 
Kenapa pula? sampuk ku
Ko mau tau kenapa? soalnya sambil melihat tepat kearahku.
Aku hanya menganggukkan kepala. Tidak sabar untuk mendengar cerita seterusnya.

Ceritanya itu membuatkan satu persatu persoalan yang bermain difikiran ku terungkai dengan sendirinya. Cerita hal rumahtangga itu biarlah rahsia, dan biarlah hanya aku dan dia saja yang mengetahuinya dan tidak molek kiranya bila dibicarakan secara terbuka kerana ini bisa mengaibkan orang lain. Cuma aku sedih dan terkilan bila mengenangkan nasibnya diperlakukan sedemikian rupa.

Tidak adil. Tidak wajar dia dibuat begitu. Sesekali kedengaran keluhan kecil menyelangi perbualan kami. Aku menarik nafas panjang. Fikiran ku ligat berputar melayang entah kemana.

'lama sudah bah ni...' sambungnya lagi
' Jadi ?
'Biarlah sabar sajalah...' jawabnya bersahaja.
'tapi sampai bila ?' aku bertanya
'nda apalah...lagipun, aku malaslah mau kasih panjang², jadi lebih baik aku diam jak'

Kenyataannya itu membuatkan aku merasa sedikit tidak berpuas hati. Bagi ku diam bukan jalan penyelesaiannya. Berdiam diri itu perlu tapi mesti kena pada tempatnya.

Fikiran ku sesak dan terasa berat secara tiba². Itu baru perihal dia dan keluarganya. Di tempat kerja lain lagi ceritanya.

Demi mencari nafkah buat keluarga dia terpaksa bersemuka dengan Big Boss yang bermuka². Bibit - bibit benci mula wujud dalam dirinya bila dia diperlakukan seperti orang yang telah melakukan 'satu kesalahan / jenayah besar' pada organisasinya.

Dia buat semua kerja. Dia ikut apa yang disuruh dan diarahkan kepadanya kerana dia tahu memang itu tugas dan tanggungjawabnya. Berbeza antara orang yang membuat kerja dan yang tidak. Tetapi kenapa dia selalu mendapat penilaian yang rendah. Adilkah?

Aku geram sendiri. Ada juga jenis manusia begini di alaf ini.

Penilaian tidak berjalan dengan telus. Bukan hasil kerja yang dilihat. Tapi oleh kerana dendam kesumat yang tersimpan dilubuk hati yang telah menjadikan Big Boss itu buta mata dan buta hati tidak menilai pada kerja hakiki tetapi lebih kepada perihal peribadi.

Dia terpaksa melalui hari - hari bekerja yang penuh dengan tekanan selama hampir 5 tahun. Makan hati. Sudah pasti dan sebab itulah marahnya dan bencinya dia pada Big Bos itu masih ada. 

Salah siapa? 

Aku kenal Big Bos yang dimaksudkannya. Memang benar sebelum ini pun ada staf yang mengalami nasib yang sama. Ada juga yang baru masuk kerja terpaksa memlih untuk berhenti disebabkan 'working environment' yang kurang selesa. Tekanan. Fikirlah.

Jadi tidak hairanlah.

Aku perhatikan dia memang buat semua kerja dia. Ini bukan kes aku berat sebelah  dengan dia . Tidak sama sekali. Tapi aku nampak sendiri dia memang buat kerja. Syukur alhamdulillah, kini dia berada dibawa seliaan Big Boss yang baru. 

Mudah² dia akan diberikan peluang dan ruang untuk terus bekerja. Mudah - mudahan juga dia akan diberikan pengesahan kerja setelah 5 tahun menunggu jawapan. Kesian dia.

Pernah dia ceritakan padaku. Dia berhasrat untuk memohon jawatan lain tapi di Jabatan yang sama. Salahkah jika dia berbuat begitu. Hina sangatkah jika dia menyandang jawatan itu. Namun impian itu musnah begitu sahaja.

Kenapa?

Didepan matanya sendiri borang permohonannya dikoyak dan dicampakkan kedalam tong sampah. Dia Boss. Dia punya 'kuasa' untuk membuat saringan bagi calon² yang memohon jawatan di Jabatannya. Dia juga boleh memilih sapa yang dia suka. Hati siapa yang tidak terkesan dengan apa yang dilakukan. Bayangkan bagaimana perasaannya ketika itu. Bayangkan pula jika kita yang berada dalam situasi itu. 

'Terima kasih Bos"

Sebelum meninggalkan pejabat dia sempat mengambil gambar passport diborang permohonannya yang ditelah dicampakkan kedalam tong sampah. Perasaan bercampur baur namun dia masih mampu untuk bersabar.

Itukah yang menyebabkan rasa bencinya pada Big Boss itu kian menebal. Mungkin.

Sepatutnya darjat dan pangkat yang ada digunakan dengan sebaik mungkin. Itu hanyalah pinjaman semata dan itu juga merupakan ujian dariNya kepada kita.

Apapun, semua cerita lepas itu akan menjadi sebahagian dari lipatan sejarah kehidupannya.

Sebelum aku berlalu pergi. Jauh disudut hatiku mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia tetap bertahan dan bersabar dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang. Pastinya, cerita kami tidak akan terhenti disini kerana dia akan terus bercerita dan aku tetap akan menjadi pendengar yang setia.

...sejak dari itu aku selalu teringatkan dia. Apakah itu tandanya?

Tiada ulasan: