Ahad, 31 Oktober 2010

Resah

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku akui sejak kebelakangan ini aku sedikit resah bila mengenangkan keadaan bapaku yang tengah sakit di hospital Sandakan,

" Kami pegi Hospital" itu mesej seawal jam 6 pagi yang aku terima dari adik bongsuku hari Ahad yang lepas. Rupanya keadaan kesihatan bapaku kurang baik pada malam itu. Dia dipapah oleh adik iparku untuk ke tandas. Keputusan untuk membawanya ke Hospital Beluran sedikit sukar. Dia nda mau. Tapi entah macamana dia menukar keputusan untuk bersetuju mendapatkan rawatan di Hospital.

Lama dia menunggu untuk mendapat rawatan. HP ku nda berhenti² berbunyi. SMS. Aku mau tau perkembangannya.

Hari tu juga aku mengambil keputusan untuk balik ke kg. Adik aku bagi tau bapaku berkemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Sandakan. Hati ku betambah nda senang. Jiwa kacau , macam - macam yang bermain fikiran ku ketika itu. 

Lebih kurang jam 2 petang kami bertolak dari KK.

Syukur alhamdulillah, Aku, adik aku ( Rusli ) & kazen aku ( Izman ) sampai di Hospital Sandakan lebih kurang jam 7 malam. Kebetulan sepupu aku ( Ome ) dan adik aku ( Nana ) juga baru sampai dari Keningau. Kami terus ke wad dimana bapaku ditahan.

Kelihatan keadaan bapaku kurang selesa dengan keadaan kakinya yang membengkak. Itu yang dirasanya sakit.  Jauh disudut hatiku berdoa.  "Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon padaMu agar permudahkanlah bapaku untuk menempuh semua dugaan mu ini. Aku juga memohon kepada Mu Ya Allah sembuhkanlah bapaku. dan Engkau berikanlah dia kesihatan yang berpanjangan."

Malam itu, keputusan diperlukan untuk bapaku mendapatkan rawatan seterusnya. Bapaku lemah. Dan dia hanya mengiyakan apa yang Doktor perkatakan. Aku dan adik² ku lain turut berada disitu ketika itu. 

"Tebuk"

Itu saja cara yang ada.

Selesai saja Doktor yang bertugas menerangkan risiko dan implikasi rawatan. Sayunya hatiku saat bapaku menghulurkan tangganya untuk menandatangani borang yang sudah ku tahu apa tujuannya. Ya Allah...aku bermohon pada mu sangat² Engkau permudahkanlah urusan kami Ya Allah.

Malam itu juga bapaku di hantar ke wad Hemodilisis untuk cuci darah. 2 Jam .

Lebih kurang jam 12 malam kami balik ke rumah Pakcik ku di Sim² untuk berehat. Tidur ku tidak  selena tidur ku sebelum ini. Gusar. Adik aku Rusli yang menjaga dia di wad. 

Cutiku pula tidak mengizinkan untukku berada di Sandakan terlalu lama. Selasa petang aku terpaksa balik ke KK. Ku tinggalkan mereka dengan pelbagai rasa. Aku memanjatkan doa padaNya semoga keadaan bapaku akan kembali pulih seperi biasa.

Kemarin anak buahku Wawa & Fakrul ( Yui ) datang melawat dia di Hospital. Bertambah sayu hatiku bila membayangkan cucu²nya datang melawat atuknya yang sedang sakit. Apalah perasaan bapaku pada ketika itu? 

Mereka masih kecil. Rumah di kampung sunyi sepi. Pasti mereka merindui saat- saat mereka bermain bersama atuknya di rumah. 

Mutiara putih membasahi pipi & pada ketika ini aku hanya mampu berserah padaNya.

1 ulasan:

S.U.A.R.A AKU berkata...

Allah Maha Mengetahui..kita sebagai manusia hanya mampu berserah kepadanya....Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan~

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(QS 2:286)