Khamis, 11 November 2010

Terima kasihku

Kemarin ( 9 Nov )  lebih kurang jam 2 petang bapaku sampai di Hospital Queen 2. Dipindahkan dari Hospital Sandakan.

Jauh disudut hatiku, aku merasa gembira dengan keberadaan bapaku di Hospital KK. Senang untuk ku ulang alik dari rumah ke Hospital. Cuma bagi adik² aku yang tinggal di kampung agak sukar bagi mereka untuk datang melawat bapaku yang di tahan di Hospital tidak seperti sebelum ini. 


Tiada kata secantik bahasa. Itulah keunikan yang kita ada. Kita pernah mendengar orang berkata 'Orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa.'

Ketika bapaku di Hospital Sandakan. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada :
Saudara maraku di Sim² Sandakan.
Suadara maraku di Karamunting
Saudara maraku di Keningau
Saudara maraku di Kampung Kolapis & dimana jua kalian berada...jauh dan dekat.
Tidak dilupakan juga kepada sahabat handai
...terima  kasih kerana sudi datang & terima kasih kerana bertanya kabar yang paling penting terima kasih atas doa yang diberikan. 

Terima kasih sekali lagi.

Semoga kalian juga diberikan kesihatan yang berpanjangan. Selamat di dunia & di akhirat. Amin

Tiada ulasan: