Isnin, 31 Januari 2011

Bukan Sekadar SKP

...seperti yang diceritakkanya.

Umurku baru 13 tahun. Masa itu aku sibuk untuk mencari kerja. Cuti sekolah hanya ada tinggal 3 minggu sahaja lagi. Aku dipelawa oleh abang sepupuku untuk bekerja di tempatnya bekerja. Aku bersetuju.

Melihatkan susuk tubuhku yang kecil. Taukeh itu bertanya berapa usia ku. Aku bagi tau semuanya. Memang sudah ku jangka. Aku tidak akan diambil berkerja disana disebabkan usiaku yang masih muda. Jam belum pukul 7 pagi. Aku berjalan perlahan meninggalkan kedai di kawasan perlabuhan KK menuju ke segama. Aku gagahi langkahku untuk misi seterusnya. 

Mencari kerja. 

Di Segama aku merehatkan diriku sekejap. Tergerak hati kecilku untuk bertanya pada taukeh di kedai berhampiran. 

"Boss ada keja kosongkah? "
" Mau kejakah?...duduk dulu..." sambil mengganggukkan kepala tanda aku memang memerlukan kerja. 
" order dulu.." sambung boss itu lagi. Aku terpingga - pingga seketika dan membalasnya dengan senyuman.
"Milo ping lah"
"ada IC " sampuk boss itu lagi...
" ada.." jawabku ringkas.
" Ok ...hari ini boleh mula kerja.."

Alangkah bahagianya aku rasa. Aku amat - amat bersyukur diatas bantuanNya memperudahkan uruskan ku hari itu, yang pastinya kegembiraan ku itu tidak dapat aku gambarkan dengan kata - kata.

Aku bukan suka - suka untuk mencari kerja. Tat kala rakan sebayaku lepak dan bergembira bersama aktiviti lapang mereka. Tapi tidak padaku. Aku punya tanggungjawab. Aku lakukan semua ini bagi memastikan bebanan yang ditanggung oleh kedua orang tua ku untuk menyara kami sekeluarga tidaklah berat sangat. Aku tidak mahu menyusahkan mereka.

Syukur alhamdulillah dengan duit gaji yang aku terima dapat juga aku membeli beg sekolah, kelengkapan sekolah tanpa perlu meminta - minta. Hasil titik peluh ku juga turut aku kongsikan. Tak banyak dapat ku berikan pada orang tuaku. Tapi dari raut wajah mereka aku tahu mereka gembira.

Jauh disudut hatiku berdoa " Ya Allah YA Tuhanku panjangkanlah usia kedua orang tua ku...berilah rahmat dan kasih sayang mu kepada kedua orang tuaku seperti mana mereka memberikan kasih sayang mereka kepada kami...selamatkanlah keluarga ku di dunia dan di akhirat Amin..."

Bermula dari situ, setiap kali cuti sekolah aku akan sibuk untuk mencari kerja. KFC & McD juga aku sudah pernah merasa bekerja disana. Hinggakan aku pernah bekerja di kilang sotong di kawasan Kolombong. Semua ini pasal kerja.

Ketika itu, yang hanya di fikiranku. Bila cuti sekolah aku mesti mencari kerja.

Allhamdulillah. Ada gaji aku buat belanja sekolah dan menolong keluarga.

Pernah kakak ku yang sedang menyambung pengajiannya di UiTM Shah Alam menelefonku.
"Dik...ada duitmu?"
"berapa kak? " 
" RM 300...ndada sudah duit kakak sini " kedengaran suara kakak sayu saja di corong telefon.
" ok kak...aku check dulu di bank ku nanti kalau ada aku kirim kakak"

Kebetulan memang masih ada lagi baki duit gajiku didalam bank. Ku kirimkan RM 300 pada dia sebab aku tahu dia lebih memerlukannya, untukku sudah memadai jika aku hanya ada duit tambang dan sedikit untuk beli reload dan duit belanja.

Itu sebahagian cerita sewaktu aku masih dibangku sekolah. Dan bila aku masuk Universiti, aku juga mengambil peluang yang ada untuk mengisi cuti semester ku dengan bekerja. Cuti semester kan panjang, boleh juga aku dapat lebih sikit untuk duit belanja. 

Aku mohon Skim Khidmat Pelajar ( SKP ) sebaik saja aku terbaca tentang iklannya. Tawaran yang aku terima sebagai SKP dari HEP tidak aku persia. Malah alangkah bertuahnya aku kerana menjadi salah seorang calon yang terpilih untuk menjadi SKP ketika itu. Aku akui saingan cukup ramai. 

Syukur allhamdulillah dengan duit gaji itu juga aku guna buat duit belanja ketika aku berada di Kampus. Banyak benda yang aku pelajari. Semua itu memberikan aku kematangan dalam melalui liku - liku kehidupan ini.

Lepas exam bulan Mei ini nanti...episod mencari kerja bermula lagi.

Apapun..."Bukan Sekadar SKP" ...aku masih mengharapkannya.

2 ulasan:

Ask berkata...

Wah~ nice boss..
Yeah!! Bukan skadar SKP..
Sesuatu yg tidak org lain rasa melainkan yg pernah melaluinya =)

BayuKK berkata...

Abu ~| pengalaman tu yg penting. Terima kasih juga kerana menjadi sebahagian dari SKP.

...yg penting. " TRAMPIL"