Isnin, 31 Januari 2011

Bulan Kasih sayang ...




Januari 2011 | Hari ini adalah hari terakhir bagi bulan pertama tahun 2011. Masuk bulan ke-2. Pantas sungguh masa berlalu. Semoga apapun yang kita rancang dalam bulan Januari telah terlaksana / tercapai.

Jujurnya. Januari tahun ini memberikan kenangan manis buat aku. Terutama pada tanggal 15 Januari. Terima kasih padaNya atas kesempatan yang diberikan. Itu saat permulaan yang amat bermakna. Ia juga akan menjadi sebahagian dari ingatan dalam hidupku.

Februari 2011 | Hakikatnya Jadual aku sudah diisi dengan aktiviti Jabatan dan juga pengisian aktiviti pelajar. Padat. Tapi mungkin bagi kalian ini bukan satu perkara yang perlu dihairankan kerana jadual kalian mungkin sudah penuh sehingga hujung tahun ini. 

Pun begitu dalam mengharungi kehidupan yang sentiasa buat - buat  sibuk Aku kena mencari ruang untuk diri sendiri. Mesti. 

Cuma aku perlu bijak untuk membahagi - bahagikan masa yang aku ada. Mudah² an juga bulan ini semuanya akan berjalan dengan baik. Amin.


Bulan Februari ini juga memberikan aku satu lagi ingatan yang paling manis dalam hidup ku secara peribadi dan begitu juga pada insan lain. Kenapa?

Selamat datang bulan kasih sayang.

Bagiku pula apa istemewanya bulan Februari ini. 

Biarlah rahsia.

3 ulasan:

S.U.A.R.A AKU berkata...

Aha..Februari yer....haha, Valentine ka? :P

BayuKK berkata...

Hafifi ~| bukan pasal Valentine day...:)

Honeylaila berkata...

Maulidur rasul ka?