Sabtu, 5 Februari 2011

Isn't easy to me


Isn't easy to me

Kenapa aku yang dikasih salah.

Kenapa dia menunding jari padaku. Sedangkan aku ini bukan siapa - siapa pun pada dia. Aku hanyalah insan biasa yang juga berkawan dengan sesiapa jua. 

Aku dijadikan punca bagi keretakan perhubungan antara dia dengan kekasih hatinya. Pelik. Dia lebih mengenali orang yang disayanginya. Tapi kenapa sekarang ini kehadiranku dijadikan punca.



Kepercayaan itu perlu ada bagi setiap diantara pasangan yang bercinta. Cemburu itu juga perlu ada. Tapi biarlah cemburu itu bertempat. Perlukah aku dicemburui? Nda payah...sebab memang nda perlu pun semua itu. Kalau benar - benar dia percaya dan mengenali orang yang disayanginya itu. Perkara ini tidak akan berlaku.

Dalam diam FB aku sentiasa akan dicheck. Isn't easy to me untuk remove orang yang memang menjadi kawan dalam FB. Itu bukan pilihan yang baik. Tapi dalam masa yang sama itu saja jalan penyelesaian yang ada. 

Perihal FB selesai. Dia nda dapat check lagi status malah wall aku sekali pun. Ditutup rapat. Sepatutnya nda perlu bah aku buat sampai macam tu sekali. Tapi apa boleh buat. Keadaan itu yang memaksa aku untuk berbuat demikian.

Dulu memang aku nda kisah bila sapa - sapa saja mau minta add. Aku akan approve. Tapi selepas perkara ini terjadi aku jadi ABC ( Always be Careful ). 

Keadaan menjadi lagi kritikal bila blog aku pula menjadi sasarannya. Dan disebabkan itu juga sekali lagi aku menjadi ABC. Selepas blog ini ditutup hanya untuk invite reader saja maka rakan - rakan lain tidak dapat menjejakkan kaki ke Teratak ini. 


Isn't easy to me...nda tau apalah kesudahannya selepas ini.

Tiada ulasan: