Isnin, 7 Februari 2011

Misi pegi Gaya Street

| Gambar Hiasan : Kek Lapis Sarawak Perisa Masam Manis |




Minggu lepas aku sempat membeli Kek Lapis Sarawak perisa Masam Manis dari seorang kakak yang menjual di Gaya Street. Biasalah sebelum beli sesuatu kena buat tinjauan dulu. Kebetulan ada yang jual dengan harga RM 25.00 satu, mahal pula rasanya. Batal niat terus untuk membeli.

Masa mau balik tu,  aku terjumpa dengan seorang kakak  yang menjual kek lapis dengan harga RM 15.00 satu.  Hepi sekejap. Di Sarawak pun di jual RM 10.00 satu. Kira ok lagi harga tu. Aku beli.

Hari ini sekali kami cuba jejaki kakak yang menjual Kek tu tapi sayangnya tiada stok. Hampa. Kami teruskan perjalanan sebelum pegi sarapan pagi. Kebteulan sekali, ngam² area pancuran air besar di tengah² kawasan Gaya Street tu aku tengok ada gerai yang menjual kek lapis dengan harga yang sama dengan harga kakak menjual hari tu. Aku beli sebab takut kempunan. he3x.


RM 15 / satu

Alhamdulilllah misi mencari Kek lapis Sarawak berjaya. Selesai satu perkara. Sebenarnya ada misi utama lagi awal pagi tadi. Syukur alhamdulillah, misi pertama itu juga telah berjaya. Perihal apa. Biarlah rahsia.

3 ulasan:

Honeylaila berkata...

Terlalu berahsia...

BayuKK berkata...

Laila ~| aha. Sekali sekala apa salahnya ya x....hahahaha

S.U.A.R.A AKU berkata...

"Lebih baik beterus terang,daripada terus mengelak..." WOW!!