Isnin, 4 April 2011

KARKOL 2011

Kesibukan aku sejak kebelakangan ini membuatkan aku tidak berkesempatan untuk mengupdate Teratak ini. Lagipun, beberapa bulan dulu Teratak ini telah ditutup buat sementara waktu dari tatapan umum atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan dan bagi menjaga hati sesorang.

Awal bulan April lepas aku nekad untuk membuka 'sekatan' sementara itu bagi memastikan Teratak ini bisa di kunjungi oleh sesiapa saja yang sudi untuk singgah 'beristerehat' disini. Mungkin ini antara perkara gembira bagi mereka yang menjadi silent reader aku selama ini. ( ceh...hahaha. ).

Banyak cerita yang ingin aku kongsikan disini. Tapi ini hanyala cerita kehidupan peribadi empunya Teratak ini dan mungkin tidak akan memberikan apa² kepada bacaan kalian. Terus terang aku ingin katakan, jika kalian rasa Teratak ini tidak sesuai menjadi bahan bacaan kalian. Tidak dipaksa. Tinggalkan saja. Kalian dan aku tidak akan rugi apa pun. Disini hanyalah perkongsian ceritera kehidupanku.

2 April yang lepas adalah hari terakhir program yang aku terlibat didalam penganjurannya. Program Karnival Kolej 2011. Rasanya penat ku masih belum hilang lagi setelah berhempas pulas memastikan program berjalan seperti yang dirancangkan. InsaAllah, nanti akan diupload juga gambar² sepanjang Karkol tu dilaksanakan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memeberikan kerjasama sama ada secara langsung atau tidak. Budi baik kalian hanya DIA yang bisa membalasnya.

Pun begitu ada juga pihak yang melabelkannya sebagai program syok sendiri. Dalam hatiku hanya mampu tersenyum. Ada juga orang sebegini yang suka cakap belakang. Tapi semua itu tidak akan pernah membuatkan aku dan juga rakan - rakan lain lemah dan jatuh hinggakan patah semangat untuk menganjurkan program di "Kampus" ini. 

Tidak salah mengkrikitik. Tapi biarlah kiritkan itu berasas dan membina supaya semua orang dapat merasa manafaatnya.

Pada semua AJK ( pelajar ) yang juga bertungkus lumus selama ini, semoga dengan penglibatan kalian didalam aktiviti ini akan memberikan kematangan pada kalian semua. Pengalaman itu yang lebih bermakna. 

Pejam celik pejam celik. Kita sudah selesai dengan KARKOL 2011. 

Banyak peristiwa yang dilalui.

Adakalanya kita ketawa bersama. Gembira itu satu saat yang paling manis buat semua.
Ada yang menangis kerana saat kita benar - benar memerlukan kehadiran mereka...tapi tiada siapa pun yang ada bersama kita.
Adakalanya kita hampir - hampir putus ada dan mengalah untuk melakukannya. Tapi ada kawan yang datang mendampingi dan menemani kita.
Ada yang kita baru kenal sedangkan selama ini kita tidak pernah bertegur sapa.
suka duka pahit manis diharungi bersama...

Itulah kehebatan cerita kita.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan goodluck pada kalian semua untuk peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi. Do your best...^^

Aku memohon maaf pada semua kerana ada yang dimarah dan mungkin ada yang makan hati dengan kata - kataku selama ini. Apapun, aku tidak berniat untuk melukakan hati siapa - siapa. Dan anggaplah itu sebagai satu teguran kebaikan.

Aku pasti 

Ini juga akan menjadi dari sebahagian memori terindah yang akan menjadi ingatan dalam diari kehidupan kalian.

Aku pasti 

Suatu hari bila kalian mula melihat gambar - gambar itu ianya akan menjadi saksi betapa hebatnya cerita kita.

Dan didalam hati kalian berkata...

"Aku rindu saat itu...aku rindu kamu semua"

Tiada ulasan: