Ahad, 10 April 2011

Klana Resort Seremban


8 - 10 April 2011 | Kursus Lanjutan Destini Kenegaraan Pelajar UiTM

Aku terima called dari PM Roslan. Kena iring 4 orang pelajar yang telah dipilih untuk menghadiri Kursus Lanjutan Destini Kenegaraan pada hari Jumaat. Flight jam 10.45 pagi. Kami bertolak ke Airport jam 8 pagi. 

Roslan, Yazrin, Laila & Lala. 

Kami sempat singgat bersarapan pagi di McD. Sampai di KLIA kami di jemput dengan Van UiTM dan terus di bawa ke Seremban. Jadual padat dari pagi hingga jam 10.30 malam. Ini malam terakhir kami berada disini. Jam sudah menunjukkan pukul 12.11 am dan kami masih lagi berada di dalam dewan ini.

Pertemuan bagi semua peserta kursus kali ini amat bermakna dan diharap dapat membuka minda masing - masing untuk manfaat bersama dimasa akan datang. Hanya peserta dan Fasi sahaja yang tahu apa yang dibicarakan dan yang dibincangkan dalam Kursus ini. Harapan dan impian terlalu tinggi untuk disandarkan kepada semua peserta yang hadir.

Semoga usaha ini akan dapat memberikan 'sesuatu' buat bangsaku.

Tiada ulasan: