Isnin, 11 April 2011

Selepas Klana

Alhamdulillah. Kami sampai di Bumi Sabah jam 1 lebih ( pagi ) dan lebih kurang jam 2 pagi baru sampai rumah. 
Keadaan ku di dalam kapal ( flight ) kurang selesa sedikit disebabkan bersin menyerangku. Nasib baik aku dapat pindah tempat duduk dibahagian belakang sekali. Perkara ke-2 yang membuatkan aku kurang selesa ialah keadaan kapal tiba - tiba bergoyang yang membuatkan semua penumpang merasa panik seketika. Kalau goyang telanggar awan seperti kebiasaan. Itu tidak menjadi masalah. Tapi tidak pada goyangan kali ini. Syukur alhamdulillah, semuanya kembali tenang seperti biasa.

Hari ini aku kerja seperti biasa. Aku akui memang aku mengantuk kerana tidak cukup tidur.

Fokus. Hanya bertahan sekejap sahaja.

Balik dari Negeri 9. Banyak lagi agenda yang perlu dirancangkan untuk dilaksanakan. Semoga perancangan itu akan berjalan dengan sebaiknya. Mungkin agak sedikit perlahan pergerakkannya untuk melaksanakan 'agenda' tersebut, apa tidaknya musim exam kian menghampiri pelajar - pelajar UiTM yang juga merupakan peserta dan penggerak utama 'agenda' ini.

selesai untuk "Agenda Klana".

Dan esok aku kena buat lagi perancangan untuk aktiviti cuti semester ini. Banyak yang perlu dilakukan bukan sahaja kerja Hakiki malah kerja - kerja yang melibatkan PPP dan JPK perlu untuk disusun atur.

Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan. Semoga dipermudahkan.

Sekadar gambar hiasan
| 10 April 2011 | Midvalley |

Tiada ulasan: