Khamis, 7 April 2011

Wayang lagi...

Semalam aku sempat tonton Source Code wayang baru yang ditayangkan di panggung. Masa tayangan jam 12.00 tengah malam. Mula² plan mau tengok wayang jam 9 tapi semua wayang tu aku sudah tengok. Fikir punya fikir, alang - alang sudah berada di Suria Sabah. Aku teruskan jua menonton Source Code.


Sementara menunggu tu aku dan Hamdan Da Boss bercadang untuk ke pasar malam. Hujan renyai²...kami bejalan kaki dari Suria Sabah ke pasar malam ( Kg. Air ) dan terus ke Centre Point.

Sambil merehatkan dan menyejukkan diri, kami duduk sekejap melihat gelagat² orang yang bermain bowling. Teringin juga mau main benda tu. Tapi aku nda pandai. Next Time mau di cuba juga tu...tunggu orang nda ramai. aha







Di CP kami sempat menyumbangkan lagu. Jam menunjukkan jam 11. malam. Tinggal sejam lagi sebelum tayangan bermula. Kami kena berjalan kaki semula ke Suria sabah.

Hujan. Lari & sedikit basah.


Movie ni aku tengok malam kemarin dengan si Jali. 


Tiada ulasan: