Selasa, 28 Jun 2011

BUKAN CERITA DONGGENG

Aku teringat suatu ketika dulu. Di Dewan Kuliah Fasa 3.

Semua pelajar tekun mendengar coleteh pensyarah yang sedang mengajar kami ketika itu.

" Kelas...jika kamu tidak hadir kelas saya tanpa alasan yang munsabah, itu bermakna kamu tidak suka saya..."

Kami masih terus membisu.

"...dan katalah markah lulus adalah 50. Dan kamu dapat 49 markah...kamu datang berjumpa dengan saya untuk minta 1 lagi markah untuk membolehkan kamu lulus. Masa itulah saya tidak sukakan kamu.." jelasnya.

Kami diam sambil mendengar nasihatnya. Sehingga kini masih terngiang - ngiang ditelingaku apa yang beliau katakan. Dan aku selalu ingat akan pesanannya itu. 

Itu dulu masa aku masih pelajar. Sekarang bila aku sudah kerja...bidang tugasan saja berbeza tapi implementasinya adalah sama.

Ini bukan cerita donggeng tapi inilah realitinya.

Tiada ulasan: