Selasa, 26 Julai 2011

Tinjauan Berbaloi

Kemarin dulu ( Ahad ) aku bergerak mengikut perancangan asal. Mulanya ingin ke pasar Tamu di Jalan Gaya Street. Salah aktiviti yang selalu aku buat dikala hujung minggu, jika aku tidak mempunyai komitmen lain. Jangan tanya kenapa? sebab memang aku suka pegi sana. aha.

Dalam perjalanan aku mesej adik lelaki aku. Dia ada di Penampang. Sakit.

Aku terus ke Penampang ambil adik aku dan bawa dia ke  Permai Polikinik Jalan Pantai. Selesai satu perkara. Misi diteruskan. Destinasi kami seterusnya Tamu Gaya Steet. Pagi tu, aku tengok keadaan lenggang kurang orang, adakah aku yang terlalu awal atau memang macam tu. Lancar saja pergerakkan aku. Seronok.

Sebelum pegi sarapan, nampak macam ada Majlis di depan Pejabat DBKK. Rupanya ada program Wifi percuma tapi hanya untuk hari tersebut saja bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Kawasan  liputan hanya berhampiran dataran Deasoka sebelah dengan DBKK. Mungkinkah Bandaraya KK akan mengikuti jejak Shah Alam yang telah diistiharkan sebagai Bandar Free Wifi.

Sempat juga aku online sekejap sebelum meninggalkan kawasan tersebut untuk bersarapan.

Selesai sarapan, kami bergerak ke Kawasan Segama untuk buat tinjauan harga - harga kain, maklumlah puasa dan raya semakin dekat. Hakikatnya kawasan Segama sememangnya antara kawasan tumpuan orang ramai ketika itu untuk mencari kain. Kelihatan yang datang bersama keluarga siap membeli baju melayu & kain sampin. Tidak kurangnya bagi kaum hawa, mereka sudah tentunya sibuk dengan kain baju raya masing - masing. Tersenyum lebar 'tokey' kedai kain disebabkan ramai juga yang datang membeli kain langsir.

Kerja aku dan adik aku keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai lain. Servay harga kain. Dari kedai kain di Segama kami ke Wisma, Putatan dan akhir sekali ke Jakel. Tapi pergerakkan kami ke merata tempat sebenarnya juga ada tujuan lain selain dari servay harga kain. hehehe.

Akhirnya, setelah membuat pertimbangan dan tambah tolak campur kira semuanya aku mengambil keputusan untuk membeli kain di Jakel. 30 meter semuanya. Ini baru kain langsir. Design asal berubah setelah mengambil kira faktor trend, kos dan sebagainya. Apapun, aku berpuas hati juga sebab tinjuan kami seharian pada hari ahad tersebut berbaloi.

Tiada ulasan: