Ahad, 7 Ogos 2011

Cerita Bulan Puasa

Syukur alhamdulillah.

Hari ini masuk hari ke 7 bagi umat islam menjalani ibadah puasa. Tidak terasa. Ianya akan meninggalkan sepuluh malam pertama di bulan Ramadan. Awal bulan puasa hari itu, aku  sempat berpuasa bersama - sama dengan famili aku di Kampung. Seronok. Bangun sahur dan sungkai bersama - sama dengan seisi keluarga. ( Nota : sungkai = berbuka puasa ). 

Dua hari aku dapat luangkan masa bersama - sama mereka.  Hari ke -3  kami balik ke KK. Di KK aku dengan adik aku. Nasib baik ada dia, kalau tidak nampak gayanya bersahur sendirilah kali aku. Sungkai mungkin ada lagi kawan yang boleh diajak untuk sungkai sama - sama.

Cerita pasal sungkai. Masa puasa ke 5 & 6 juadah sungkai disediakan oleh Hamdan. Bertungkus lumus dia didapur menyiapkan juadah untuk kami ( 3 orang ) berbuka. Aku macam biasa, tolong tengok saja. Seronok juga aku rasa bila dapat berbuka ramai - ramai. Terasa nikmatnya. Selepas saja berbuka, seperti tahun - tahun yang sudah aku suka buat "Jejak Masjid / surau" untuk solat terawih. Antara masjid / surau yang sudah kami jejaki untuk solat terawih.

1. Masjid Bandaraya
2. Masjid di Institut Latihan Perindutrian, Sepanggar ( ILP )
3. Masjid Kg. Likas
4. Masjid di Pekan Menggatal
...masih banyak lagi masjid / surau yang bakal dijejaki sepanjang bulan Ramadan ini. Dan semoga dipermudahkan untuk semua ini. 

Dikesempatan bulan yang mulia ini. Aku memohon dan memanjatkan rasa syukur kepadaNya kerana diberikan kesempatan sekali lagi untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Sama - samalah kita berdoa agar kita sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjang, dilanjutkan usia dan semoga kita sentiasa mendapat rahmat dariNya. 

Semoga kita diberikan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dan semoga amalan kita akan diterima olehNya dibulan yang mulia ini dan begitu juga selepas dari bulan ramadan ini.

1 ulasan:

Dato' Jai berkata...

salam....leh ka berkunkung sekejap ke teratak ni...hehehe....selamat menyambut bulan puasa dan selamat berpuasa ya boss...hehhee d^_^b