Sabtu, 6 Ogos 2011

Edisi Balik Kampung

| sekadar gambar hiasan - kredit to AkuFakhrul.com |

Hampir 7 bulan aku tak berkesempatan untuk balik kampung. Sedikit sibuk dengan tugasan hakiki. Namun, hasrat untuk balik kampung telah dirancang dipenghujung bulan Julai nanti. Aku bercuti 3 hari disamping menunggu dan menyambut ketibaan bulan Ramadan bersama - sama keluarga. Itu memang salah satu perkara yang aku lakukan tiap tahun.

Sebelum bercuti ( Jumaat ) aku sibuk menyiapkan laporan bulanan. Namun, kosentrasiku terganggu disebabkan fikiran ku sibuk memikirkan pasal tayar yang belum berganti. Mataku sesekali memandang jam di komputer.

Laporan siap beberapa minit sebelum jam 5 petang. Ini bermakna plan aku untuk keluar pejabat jam 3 petang juga tidak menjadi. Perancangan disusun semula. 

Esoknya ( Sabtu - 30 Julai ) seawal jam 8.3o pagi - Bertolak untuk balik kampung. Aku balik dengan adik lelaki aku ( Jusli ). Kami singgah sekejap di Tuaran untuk tukar tayar dan sarapan pagi. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami bertolak dari pekan Tuaran balik Beluran. Alhamdulillah. Perjalananan dipermudahkan. Kami sampai di kampung halaman lebih kurang jam 4 petang. Cuma singgah sekejap di GMart Ranau.

Syukur alhamdulillah, ramadan kali ini aku dapat menyambutnya sekali lagi bersama - sama keluarga. Semua adik beradik aku ada bersama - sama. Syukran.

Tiada ulasan: