Isnin, 5 September 2011

Cerita Rayaku 2011

Salam Lebaran

Alhamdulillah selesai sudah kita melaksanakan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga kita akan diberikan kesihatan dan dilanjutkan usia untuk Ramadhan yang akan datang. Amin.

Aku balik kampung 24 Ogos 2011. Mula bercuti raya pada 24 Ogos hingga 2 September. Aku balik kampung dengan adik aku ( Jusli ).

Perjalanan dari ke KK ke Ranau. Alhamdulillah ok. 2 KM sebelum sampai Telupid aku dapat rasakan kereta ku semput. Selepas selesai solat asar di Telupid, perjalanan di teruskan.

Dalam perjalanan dari Telupid ke Beluran, Lebih kurang jam 5 petang aku mendapat kemalangan di jalan KM 19 Tanah Emas Telupid.
 
Hujan. Kereta terbabas. (  Gambar akan diupload kemudian. )
 
Syukur Alhamdulillah aku dengan adik aku tidak menerima apa - apa kecederaan.

Terima kasih buat sepupu aku Azri a.k.a Karak yang sanggup tolong call towing & sedara aku Tatan yang sanggup ambil kami di Telupid. Dan tidak lupa juga buat kawan FB aku R Fan A Kill yang sanggup bersusah payah tolong aku ketika itu. Jasa² kalian hanya DIA sahaja yang mampu untuk membalasnya. Terima kasih juga atas iringan doa² kalian.

Selesai cerita pasal aksiden. Aku yakin ada hikmah disebalik kejadian itu. InsaAllah, Amin.

Hari ini aku sudah mula bekerja setelah bercuti lebih kurang 10 hari. Nda terasa bercuti...terlalu sekejap rasanya. Perjalanan selama hampir 7 jam kami berada didalam bas dari simpang Beluran ke KK membuatkan aku merasa seronok. Teringat pula masa study dulu - dulu. Terasa betul keterujaannya untuk pulang ke kampung beraya. 

Terima kasih juga buat Hamka yang ambil kami di Terminal Inanam semalam.

Saat ini pula aku merindui saat² berbuka puasa & saat aku jejak Terawih sepanjang bulan puasa yang lepas. Ya Allah, terima kasih atas kesempatan yang telah engkau berikan. Dan jadikanlah kami dikalangan hamba - hamba mu yang beriman dan bertaqwa kepada mu. Amin.

1 ulasan:

Lina berkata...

SElamat hari raya aidilfitri kipli!