Ahad, 30 Oktober 2011

Letih Tapi Seronok.

Janji dengan Faizul untuk pegi tamu di Gaya Street sama - sama. Berapa kali dia 'miskol'. Jam belum pun jam 6 pagi tapi dia plan untuk pegi awal sebab jam 8 pagi dia bersama - sama ahli MPP UiTM Johor akan pegi ke pulau. Plan batal. Aku mengantuk gara - gara lambat tidur.

Tapi misi untuk aku pegi ke Tamu di Gaya Street diteruskan juga. Almaklumlah kira lama juga sudah aku tidak bertandang kesana sambil menikmati suasana keriuhan orang yang bertamu. Lagipun, aku suka membeli makanan - makanan tradisi selain buah - buahan dan sayur - sayuran yang dijual disana.

Aku, Jusli dan Hamdan. Membuat rondaan di kawasan Gaya Street. Selesai.

Aku sempat membeli kuih pisang salai. Aku tak pernah terfikir pun kuih kampung ini ada di jual dan dipasarkan disini. Sedap. Harga RM 3.00 / pek.

Kami singgah bersarapan di Kedai makan Kui Hin. Jusli dan Hamdan masing - masing mengorder rojak ayam. Aku pula, Soto ayam menjadi pilihan. Alhamdulillah.

Dari Wisma ke KK Plaza. ke Asia City dan terus singgah sekejap di Likas untuk cari makanan buat alas perut. Plan mau try Sup tulang di Norita Tom Yam. Hampa disebabkan kedai tutup. Bukan rezeki.

Sebelum kami balik ke rumah destinasi terakhir, kami singgah di kawasan Giant Likas untuk makan pisang goreng & ABC.

Terasa keletihan dalam masa yang sama terasa juga keseronokannya.

Salam hujung minggu.

Tiada ulasan: