Rabu, 5 Oktober 2011

Panggilan Haji

3 Oktober lepas, aku berkesempatan untuk menghantar abang sepupu aku ( Abang Ladin ) bersama isterinya ke Terminal 1 ( MAS Airport ). Penerbangan rombongan jemaah haji dari Sabah dijadualkan jam 8.30 pagi. Namun, semua para jemaah diminta datang seawal jam 3 pagi kerana ada sedikit taklimat yang akan diberikan.

Suasana di airport sesak. Itu kali  pertama aku melihat kawasan luar dan dalam airport dibanjiri oleh lautan manusia. Dengarnya, ada antara mereka yang datang ke airport seawal jam 12 tengah malam. Mereka berkampung dan bermalam disitu.

Jauh disudut hati aku merasakan alangkah bertuahnya mereka Terpilih untuk datang kesana. Ini antara satu pengalaman yang cukup bermakna kerana berkesempatan menunaikan rukun islam yang ke 4. Kelihatan Abang sepupu aku yang berdiri disebelahku sesakli mengesat airmatanya. Mungkin dia merindui saat dan ketika dia berada di tanah suci mekah. 

Aku pura - pura tidak melihat dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, selesai sahaja abang sepupu aku dan isterinya daftar masuk. Kami mula bergerak meninggalkan airport.

Semoga semua para jemaah haji selamat  pergi dan selamat kembali dengan mendapat Haji mabrur. 

Amin.

1 ulasan:

Lina berkata...

semoga semuanya selamat..amin..