Sabtu, 19 November 2011

Bila

Aku terpanggil untuk berkongsi cerita ini di Teratak ini. Mungkin cerita ini sudah pernah kita dengar, sudah pernah kita baca dan mungkin juga cerita ini sudah pernah kita lihat dalam cerekarama di TV3. Namun, apa yang aku ingin kongsikan disini adalah dari kata hati bicara seorang teman kepadaku tentang rasa kasih dan sayangnya pada seorang insan yang dikasihinya.

Bukan berniat untuk membuka pekung didada. Atas keizinanannya jua. Katanya, semoga perkongsian rasa ini akan dapat memberikan manfaat kepada mereka yang sedang membacanya. Aku merasa lega.


Semua pun tahu. Sayang adalah satu perasaan yang lahir dari hati sanubari. Ianya wujud hanya pada insan yang kita benar - benar sayangi. Semua cerita ini bermula dari mukabuka @ Facebook ( FB ). Bermula dari menambah ( add ) dia sebagai kawan di FB. Bersapa dan disapa. Bersembang dan berbicara sehingga kedua - duanya mula berasa selesa. Tapi tidak semudah itu, keselesaan itu bukan satu jaminan untuk mereka menjalinkan perhubungan. Mengenalhati budi masing - masing adalah satu proses yang membuatkan mereka masih ternanti - nanti bilakah saatnya untuk mereka serius dalam perhubungan ini. 

Salah satu perkara yang menjadi topik hangat perbualan antara mereka berdua ialah 'trust' memandangkan kedua - duanya berada di tempat yang berbeza. 


Kedua - duanya duduk berjauhan.

Pastinya banyak dugaannya. Ianya bisa menguji kesetiaan dan kesabaran buat semua insan yang bercinta. Pelbagai rasa akan dialami pada ketika itu. Cemburu, curiga dan pelbagai lagi yang mungkin bisa menjadi duri yang akan menyakitkan dan menjadikan perhubungan yang sedia terjalin terputus ditengah jalan. Musnah. Itulah kehebatannya Percintaan Jarak Jauh.



Masa berlalu. 

Dan tanpa disedari telah wujud bibit - bibit cinta dalam jiwa. Perasaan kasih dan sayang pun mula ada. Kawanku hanya memendamkan sahaja perasaanya. Pernah dia cuba untuk menyatakan rasa sayangnya pada orang yang dikasihinya. Tapi sekali lagi mereka berdepan dengan faktor jauh & trust. Dia hampa.

Pun begitu, dia masih tidak berputus asa. Meskipun belum ada keseriusan dalam perhubungan, dia cuba menjalani kehidupan ini seperti biasa. Namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa dia benar - benar terluka. Ujian katanya. Cuba memujuk hati sendiri.

Sabar itulah penawarnya. Tapi sampai bila?

Parah yang dirasainya kini, jika dibiarkan akan menjadikan dia lebih sengsara. Namun dia masih punya kewarasan dengan berpijak pada bumi yang nyata . Dia terpaksa akur dengan ketentuanNya. Jujurnya keputusan yang diambilnya bukanlah satu keputusan yang diinginkan dan mengikut kehendak hatinya. Tapi apa lagi pilihan yang dia ada.

Tak kan dia terus menunggu. Sampai bila?

Dengan hati yang tidak merelakan untuk dia melepaskan pemergian insan yang dikasihinya dari hidupnya Itulah keputusan yang terpaksa dilakukannya. Namun, jauh disudut hatinya berharap agar suatu hari nanti ada ruang dan peluang untuknya. Dia akan sentiasa menunggu seandainya satu hari nanti insan yang dikasihinya ingin kembali kepadanya semula. 

Tapi bila?

1 ulasan:

Yasmin ♥ berkata...

Suke kawan ngan budak PELIK ? =/