Selasa, 1 November 2011

Cerita di Bulan Oktober

Sebelum tirai bulan Oktober di labuhkan. Aku ingin kongsikan beberapa peristiwa yang berlaku :

Cerita 1 : Mungkin kalian juga ada mendengar perkabaran tentang kemalangan di Kota Kinabalu yang melibatkan Kereta api dengan sebuah lori minyak. Takziah buat semua mangsa yang terlibat. Gambar - gambar dan vedio banyak di'upload' di FB dan Youtube

 Gambar selepas kejadian | Kredit untuk Berapa Ramai Sabahan Facebookers atas perkongsian gambar
Ada juga rakan - rakan yang melihat dan menyaksikan sendiri kejadian tersebut yang berlaku didepan mata. Melihat gambar dan vedio pun sudah terasa ngeri. Inikan pula bagi mereka yang berada di lokasi kejadian. Terima kasih juga pada rakan - rakan yang sudi berkongsi cerita ini.


Kebetulan kemarin petang, masa aku hantar adik aku pegi KK. Kelihatan kepulan asap tebal. Kami menjangkakakn memang ada berlakunya kebakaran tapi tidak menyangka bahawa kejadian itu melibatkan Kereta api yang baru saja memulakan operasinya awal tahun ini setalah lama tidak beroperasi.

Apapun, sama - samalah kita berdoa semoga kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan yang baik² sahaja. Amin.

Cerita 2 : Kemarin juga aku sempat berjumpa dengan my mom  yang baru saja sampai dari Kampung. Gembira. Sebenarnya my mom ada kursus di Hotel Palace KK bermula dari 31 Okt - 3 Nov.

Dalam masa yang sama rupanya adik aku Jusli pun berkursus di Hotel yang sama. Kelam kabut aku dibuatnya bila dia minta hantar dengan kadar segera ke Hotel kerana dia juga baru dimaklumkan kena hadir.
Selepas ambil my mom di hotel aku mesej juga adik aku  ( Anong ) yang kebetulan berada di KK kerana menghadiri Penerangan Perdana di UMS. Dia mau join kami sekali. 

Nda pun sempat bawa my mom pusing² di pasar malam @ Kg. Air. Hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah makan di Restoren Taufiq. Sambil makan sambil cit cat ngan my mom. Selesai makan. Destinasi kami seterusnya Centre Point bersama adik aku ( Anong ).

Jam hampir 8 malam. Aku hantar my mom dan adik aku ke hotel masing². 

Aku pulang keseorangan.

Tiada ulasan: