Rabu, 16 November 2011

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN | KOTA BELUD

Hari ini misi kami ke Kota Belud untuk Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada semua calon - calon pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka di UiTM Cawangan Sabah. Memandangkan kedudukan pejabat bagi staf yang terlibat tidak setempat. Maka, kami diminta berkumpul jam 10.30 pagi. Jadual perjalanan bertolak ke KB jam 11.00 pagi.

Majlis dijadualkan bermula jam 2.30 petang, dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.





Dr. Zamali - Orang kuat yang menguruskan MDAB di UiTM Sabah









Ucapan dari Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Sabah | Dr. Haji Abdul Kadir Haji Rosline |

Sesi Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan ke UiTM disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah

Sesi bergambar kenangan bersama YB dan Urusetia

...sebelum balik ke KK. Kami sempat singgah untuk menikmati Sup 'Gear Box' sebagai sajian makan tengahari kami
Alhamdulillah. selesai sudah aktiviti kami untuk menyampaikan Surat Tawaran Kemasukan UiTM kepada semua bakal - bakal calon pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Kampus UiTM Sabah. Kali ini dua ( 2 ) destinasi yang kami tuju iaitu bermula di Keningau pda 14 Nov dan di KB ( Kota Belud ).

Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dimasa - masa akan datang bagi memastikan anak - anak bumiputera di negeri khusunya dapat melanjutkan pengajian mereka demi kelangsungan pembangunan negara yang menginginkan setiap dari warganya berpendidikan agar mereka dapat membantu keluarga masing - masing untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang.

Ini juga menjadi sebahagian dari 'babak - babak' kehidupanku kerana aku dapat banyak pengalaman daripadanya.

Terima kasih buat Bob Nadzryin kerana semua gambar - gambar yang terdapat didalam blog ini adalah gambar - gambar yang diambil oleh beliau. Terima kasih kerana mengizinkan aku untuk memasukkan gambar - gambar ini disini.

Buat semua calon - calon
Ilmu yang tidak digunakan
Ibarat bunga didalam hutan
Tawaran Pengajian telah diberikan
Sahutlah cabaran merai kejayaan

Tiada ulasan: