Sabtu, 19 November 2011

Sedikit sibuk

Minggu ini aku ada sedikit sibuk. Baru saja selesai program di Keningau dan Kota Belud bersambung pula dengan Pendaftaran Pelajar Lama yang mendaftar bermula pada 19 & 20 November ini.

Alhamdulillah, kerja - kerja Pra Daftar dan proses penempatan  pelajar aku telah siapkan tinggal kerja - kerja untuk semakan semula sahaja. 

Esok - Ahad ( 20 Nov 2011 ) ini juga aku terlibat dengan Majlis Perasmian & Penutup Karnival Rakan Muda IPT Peringkat Negeri Sabah 2011 yang akan diadakan di Kampus UiTM Cawangan Sabah. Biasalah tugas aku tidak lain tidak bukan jadi Pengacara Majlis. 

Apapun, Terima kasih juga diatas kepercayaan yang telah diberikan. 

21 November pula ada Lawatan di DBKK bersama - sama dengan Jawatankuasa Teknikal Ruan Niaga UiTM Cawangan Sabah. 

25 November - InsaAllah jika tiada aral melintang plan mau balik kampung sebab kazen kawin. Semoga dipermudahkan.

Tiada ulasan: