Sabtu, 3 Disember 2011

OMBAK RINDU

Semalam, aku mengambil kesempatan untuk meluang masa menonton Filem Malaysia yang kini hangat dibicarakan oleh peminat - peminat Novel Ombak Rindu bersama Hafifi. Plan secara tiba - tiba sebaik saja bersembang diruangan FB semalam. Nasib baik ada tiket. Lega.


Sebaik saja promosi Filem ini dikeluarkan, aku teruja bila melihat tajuk filem yang tertera "OMBAK RINDU" dan tidak sabar untuk menontonnya. Rata - rata yang sudah menonton filem ini merasa puas hati kerana semua pun komen best² di FB masing - masing. Tak caya pegilah tengok. 


Tambahan pula, barisan pelakon yang hebat dan mantap. Itu antara kekuatan yang ada dalam Filem ini. Apapun, naskah hebat ini akhirnya telah diangkat sebagai satu Filem Cinta yang Hebat tahun ini. Filem yang ditunggu - tunggu oleh mereka² yang telah membaca / belum novelnya. Sedangkan novel yang tebal tu pun ada yang baca dua tiga kali. Melihat sekali filem ini seperti kita ingin selalu berada didalamnya.







Puas melihat filem ini semalam. Meskipun ada persoalan yang masih bermain di kotak fikiranku yang wujud kerana melihat konflik yang timbul dalam sepanjang penceritaan filem ini. Tabahnya Izah, kesiannya Mila dan betapa bertuahnya Haris.






" Redha itu iklass, Pasrah itu menyerah "
Perasaan ku tertinggal disitu. Ombak Rindu.

Tiada ulasan: