Khamis, 2 Februari 2012

Cerita Januari 2012

Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku tidak singgah di Teratak ini. Malam ini aku cuba - cuba untuk berada disini untuk mengisi sesautu yang telah lama tidak berisi dengan cerita - cerita baru. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2012. ^^

Hari ini hari terakhir dibulan Januari. Esok kita melangkah masuk dibulan ke-2 dalam tahun ini. Sebulan berlalu dengan begitu pantas sekali. Semoga perancangan kita untuk tahun ini akan dapat direalisasikan mengikut perancangan / azam kita masing - masing. 

Sebulan sudah berlalu, apa yang telah kita lakukan?

Mesti kena check balik semua senarai perancangan supaya semua gerak kerja kita tidak tersasar dari perancangan asal. InsaAllah semoga dipermudahkan. Amin.

Januari, aku sibuk dengan persiapan menduduki Peperiksaan Dalaman UiTM. Agak mencabar juga sebenarnya menjadi pelajar separuh masa ni kalau tidak punya DISIPLIN yang tinggi. Aku 'tabik spring' pada rakan² sekerja aku dan sesiapa jua yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang atau tamat dengan kepujian pengajian Ijazah mereka sedangkan mereka juga mengambil pengajian mod yang sama iaitu  ePJJ. Apa sebenarnya sumber kekuatan mereka untuk berhadapan dengan semua ini. Aku cuba melihat kembali pada diriku. Terlintas difikiran ku, untuk mendapatkan kekuatan dan juga menjadikan diri lebih berdisiplin. Mungkinkah ini berpunca dari attitude aku sendiri. Kalau itulah keadaanya. Ini bermakna aku kena Back to the basic. 

Melangkah keluar dari Dewan Peperiksaan aku akui memang aku tidak menjawab soalan seperti yang dikehendaki. Rasanya jawapan yang aku jauh menyimpang dari jawapan sebenarnya. Aku mula rasa bimbang bila memikirkannya. Apapun, aku terpaksa akur untuk menerima situasi itu sebenarnya meskipun ianya bukan mudah buatku. Kelihatan rakan² lain begitu riang sebaik sahaja keluar dari dewan berkenaan. Inilah padahnya yang terpaksa aku telan kerana lalai dan tidak bijak dalam menguruskan masaku dengan sebaiknya. Bagaimana pun, kekesalan itu menjadi penyuntik semangat buatku untuk terus mengatur strategi pembelajaaran yang lebih berdisiplin.

Selepas habis peperiksaan, aku sedikit sibuk dengan kerja² hakiki. Ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Tapi itu tidak menjadi masalah buatku. Kerja saban hari tetap ada dan tak akan pernah berhenti. Cuma aku berazam agar tiada kerja - kerja tertangguh bagi memastikan semua tugasan yang diberikan dapat dilakukan / selesaikan sebelum waktunya. Bila kerja siap, hati mesti happy. Siapa yang akan senang? 

Aktiviti PPP

Ini pula cerita aku dengan Jawatankuasa Pegawai Pembangunan Pelajar ( JKPPP ) bersama - sama dengan Barisan pemimpin pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) dan AJK Blok. Hujung tahun lalu, dalam Perkampungan JPK sudah dibincangkan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester ini. Dan bulan ini pula, sibuk bermesyuarat dengan Persatuan Dalaman UiTM yang lain termasuk MPP dan beberapa orang Penasihat Persatuan berkenaan dengan perancangan aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Februari ini.

Family Day | 28 Jan 2012 | Teluk Likas , Kota Kinabalu

Pada mulanya plan untuk buat aktiviti ini muncul secara tiba². Aku menyatakan hasrat kepada Presiden JPK agar mengadakan program seumpama ini bagi tujuan mengeratkan silaturahim sesama rakan JPK dan juga AJK Blok yang terlibat. Ini juga secara tidak langsung akan dapat mengukuhkan team building mereka.

Program bermula dengan aktiviti Senamtari di padang UiTM sebelum kami bergerak ke Teluk Likas. Alhamdulillah, program Family Day berjalan dengan baik. Kelihatan masih ada juga beberapa orang AJK Blok yang masih segan² dan malu² untuk beramah mesra sesama mereka. Al-maklumlah kali pertama bersua muka. aha.

Semoga hubungan sesama mereka akan menjadi lebih akrab dan mewujudkan satu suasana yang lebih mesra dikalangan mereka agar mereka dapat bekerja dalam suasana yang tidak menekan dan semoga mereka dapat menggalas semua tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. 

Tiada ulasan: