Ahad, 22 April 2012

ADA APA DENGAN PERANGKAP TIKUS

Tadi pagi aku terbaca satu benda yang amat dekat dengan kehidupan seharian kita. Dan apa yang aku coretkan ini adalah untuk ingatan buat diriku sendiri dan juga mungkin pada kalian yang sedang membacanya. Mana perkara yang elok, kalau ngam dan rasa mau ambil. Ambillah. 

Kalau rasa tidak ngam. Biarkan saja tinggal di Teratak ini.

Kisah tentang Tikus.


Al- kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri baru pulang dari pasar. Sedang asyik mereka menyelongkar barang yang telah dibeli. Dalam diam, mereka sedang diperhatikan oleh tikus. Sang tikus terlalu excited dan rasa tak sabar untuk mengetahui apa barang yang dibeli oleh pasangan tersebut.

sekadar gambar hiasan


"erm...kali makanan apa pula yang dibawa oleh durang" tikus beranggan².

Ternyata yang dibeli oleh sepasang suami isteri itu adalah Perangkap Tikus. Melihatkan perangkap tikus yang dikeluarkan oleh pasangan tersebut. Tikus menjadi panik. Cemas dan tidak tentu hala. 



| Sekadar gambar hiasan |

Tikus lari masuk ke sarangnya dan bertempik. "...ada perangkap tikus sudah di rumah..ada perangkap tikus.."


Tikus cuba mengadu pada Ayam. " Ada perangkap tikus di rumah " Ayam berkata tuan tikus. Aku turut bersedih tapi semua itu tiada kena mengena dengan aku. Jawap ayam.

Tikus berlalu pergi meninggalkan ayam dengan perasaan kecewa. Tikus bertemu dengan kambing dan memberitahu perkara yang sama. Jawab kambing. Dia bersimpati dengan tikus...tapi apa yang dia boleh buat. Lagi pun semua itu tiada kaitan dengan dia.

Sekali lagi dia hampa. Namun, tikus tidak berputus asa lalu berjumpa dengan sapi. Jawapan yang sama diberikan oleh kambing. Lagi pun kata sapi tak kanlah sebesar dia pun boleh masuk perangkap tikus. 

Bertambah lagi kekecewaan si tikus, dia lari masuk ke dalam hutan berjumpa ular. Setelah diberitahu perihal sebenar. Si Ular pula menjawab. "ek eleh...perangkap sekecil itu tak kan lah membahayakan aku". Akhirnya tikus pulang ke rumah dengan pasrah. Dia sedar bahawa dia akan menghadapi bahaya tersebut sendirian.

Satu malam, suami isteri tersebut terjaga kerana perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan perangkap tikus sudah mengena. Sebaik saja dia melihat perangkap tersebut, didapati seekor ular berbisa mengenai perangkapnya. Ekor ular tersepit dan membuatkan ular tersebut menjadi lebih agressif dan ganas dan menyerang si isteri. Walaupun, si suami dapat membunuh ular liar tersebut. Isterinya dibawa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Selang beberapa hari, si isteri dibenarkan balik ke rumah namun masih lagi demam. Si isteri minta dibuatkan sup cakar ayam kepada suaminya kerana mereka percaya sup cakar ayam tersebut boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang...si suami menyembelih ayamnya untuk dapat cakar dibuat sup. Namun sakit si isteri masih lagi tidak reda. Bimbang akan keadaan si isteri, si suami mengikut sahaja saranan salah seorang kawannya agar memberikan isterinya yang sedang sakit dengan memakan hati kambing. Kali ini si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hati kambing tersebut.

Pun begitu, keadaan isterinya masih lagi tidak berubah untuk beransur pulih malah makin teruk hinggakan si isterinya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ramai tetamu datang menziarahi jenazah si isteri. Oleh kerana sayangnya si suami kepada isterinya. Dia ( suami ) menyembelih pula sapinya untuk diberikan makan kepada semua tetamu yang bertandang kerumahnya.



Dari kejauhan...tikus hanya memerhati dan menatap dengan kesedihan. Beberapa hari kemudian dia melihat perangkap tikus itu tidak digunakan lagi.

Suatu hari...Ketika anda mendengar seseorang didalam kesusahan dan mengira itu bukan Urusan anda. Fikirkanlah sekali lagi...

Tiada ulasan: