Selasa, 24 April 2012

AKU DAN RISIKO


2 minggu lepas, 15 April 2012. Aku bertugas untuk Modul Semester 3 pelajar Ijazah.

Ada sesuatu yang aku pelajari disitu. Sejak dulu lagi aku suka melihat dan memerhati setiap dari gelagat manusia disekelilingku tidak kira sama ada dia budak - budak atau orang dewasa.


Dan aku selalu berpesan sama ada dalam kelas modul atau dengan sesiapa juga kumpulan pelajar yang ada. Ingatan ini juga buat diriku sendiri. Apapun yang kita lihat, kita dengar, kita perhati itu semua adalah ILMU. Sesuatu yang dipelajari secara semula jadi dan bukan dalam kelas formal. Cuma sama ada perkara baru itu  baik atau tidak. Kita kena bijak untuk menilainya. aha.

Yang pastinya, kadang - kadang ada perkara yang dilakukan itu tidak terlintas pun dalam fikiran kita. Dari situ jua secara tidak langsung meng'update' ilmu yang kita ada.

Memetik antara kenyataan yang dibuat oleh pelajar dalam kelas ketika sesi Q & A 

" setiap dari antara kita sebenarnya sememangnya menanggung risiko..sebagai contoh..perjalanan kita dari rumah ke kampus ini juga ada risiko, masa kita makan juga ada risiko yang kita kena tanggung.dimana² pun kita sebenarnya ada risiko.."

Dari situ juga aku ibarat tersedar dari lena yang panjang. terima kasih atas ingatan ini.

Tiada ulasan: