Selasa, 24 April 2012

GAMBAR ITU MEMBUATKAN AKU...

Teratak Kaffali 

Rasanya ada masanya kita akan rasa putus asa. Semua pun pasti ada merasai perasaan itu. Dan putus asa ini boleh datang dari pelbagai masalah. Itu yang ada sampai kecundang di tengah jalan. Ada pula yang binasa badan. Dan ada juga yang telah memusnahkan kehidupan dimasa depan.

Sebab itu dalam keadaan apa sekali pun dan dalam lapangan apa sekali pun yang kita lakukan. Satu yang kena ingat JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA. Set terus dalam minda masing - masing. Supaya bila kita sudah 'tanam' benda tu dalam diri kita. Anything happen - memang kita sudah bersedia.

Gagal sekarang bukan bermakna kita telah gagal selama - lamanya. Cuba kita ambil kegagalan itu dari sudut yang positif. Keperitan yang kita rasa, kesakitan yang kita lalui. Atau apa saja perasaan yang sedang kita alami ketika itu. Jadikan itu sebagai satu 'suntikan' untuk kita bertindak dengan menjadikan permasalahan tersebut sebagai satu cabaran dan bukannya masalah. 

Pendekatan sebegini akan menjadikan 'cas - cas' dalam diri kita akan menjadi lebih kuat. Tambah² lagi bila kita berfikir secara positif, insaAllah tindakan kita juga akan menjadi positif.

Kejayaan semua orang - orang yang hebat pun sebenarnya ada kegagalan mereka yang tersendiri. Ini pun boleh kita jadikan sebagai inspirasi. Tapi bukan bermakna kita sengaja menggagalkan diri. 

Dan yang paling penting sekali, mohonlah bantuan dariNYa. Semoga kita semua dipermudahkan dalam apa jua lapangan / pekerjaan yang kira lakukan. Amin.

Tiada ulasan: