Ahad, 22 April 2012

HUJUNG MINGGU KU

| sekadar gambar hiasan |

Hari ini sebelah pagi aku tiada kelas. Kelas OB di tunda ke hari lain sebab pensyarah tersebut ada tugasan rasmi di Sarawak. Jadi semalam aku sudah set dalam fikiran aku untuk bangun lambat sikit. Lagi pun hujung minggu. Plan tidak menjadi. TETAP juga aku bangun lambat awal pagi. Mungkin sudah terbiasa bangun awal.

Tambah - tambah awal pagi tadi hujan lebat. Seronok pula rasanya sebab lama tidak merasakan nikmat hujung minggu dengan keadaan begitu. Kalau ada pun time² hari bekerja. 

Minggu ini pun, plan untuk pegi tamu tak menjadi sebab hujan lebat. Jadi lebih baik aku duduk di rumah dan surfing.

Petang ada kelas Arab. Semoga aku dipermudahkan untuk menerima pembelajaran yang diajar hari ini dan hari - hari sebelum dan hari - hari selepas ini. Amin.

...to be continue   

Tiada ulasan: